KERANA JARAK
Kerana jarak engkau putuskan aku
Kerana jarak engkau tinggalkan aku
Tahukah engkau yang sebenarnya jarak itu ada hikmahnya
Supaya kita tidak banyak melakukan dosa
Tahukah engkau Allah menjarakkan kita supaya kita mencintaiNya lebih dari segalanya.
Dan tahukah engkau yang Allah menjarakkan kita supaya kita merinduiNya dahulu sebelum kita merindui sesama sendiri.
Sesungguhnya aku bersedih apabila diputuskan tetapi aku bersyukur kerana jaraklah aku meletakkan cintaku padaNya lebih daripada dirimu.
Dan aku redha dengan perpisahan ini kerana aku yakin kita bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah.
Dan tidak mustahil kita akan bertemu kembali keranaNya.
Aku kembali bangun dari jatuh tersungkur kerana Allah sayangkan aku.
Walaupun aku rasa Allah jauh tetapi sebenarnya Dia dekat dihatiku.
Selalu mendengar rintihan dan doa-doa yang kupanjatkan.
Sesungguhnya jika kita kembali bersatu atas jalan cinta yang diredhaiNya,
Cuma satu pesanku, janganlah engkau menjadikan jarak ini sebagai satu penghalang untuk cinta yang diredhaiNya kerana apabila Allah mengkehendaki sesuatu, maka jadilah ia.
Walau jauh kita berpisah, walau jarak yang menjadi penghalang cinta kita, percayalah kalau sudah tertulis di Luh MahfuzNya yang engkau adalah untukku, sejauh mana kita mengelak sekalipun, kita akan disatukan kembali keranaNya.
Jadilah wanita solehah yang buta, tuli dan bisu. Apakah maksud buta, tuli dan Bisu itu? Buta, tuli & bisu itu bermaksud wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia. Moga menjadi iktibar buat semua...
Sabtu, 2 Mac 2013
BELUM TERLAMBAT SAYANG :')
Aku juga wanita. Seperti kalian. Aku
juga pernah tersasar dari landasan suatu ketika dulu. Aku juga pernah
dikecewakan, dipermainkan, dipersendakan, dan dicarik-carik hati ini oleh insan yang bernama lelaki. Aku pernah.
Aku yakin kamu juga pernah. Kamu yang
bernama wanita. Kamu pernah memberi hati kamu dengan seikhlas hati,
ditabur janji manis tinggi ke langit, dihambur kata-kata yang membuat
kamu berada di awangan, kamu juga pernah tersenyum lebar kerana berasa
diri disayangi, ditatang bagai minyak yang penuh, dan hidupmu dipenuhi
dengan kebahagiaan.
Alangkah indahnya jika dia yang halal buatmu.
Kan sayang?
Malu tak rasanya kalau kita berdampingan dengan seorang lelaki yang bukan mahram di khalayak ramai?
Malu tak rasanya jika kita saling berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di hadapan orang ramai?
Malu tak rasanya dengan persepsi dan pandangan orang ramai bila melihatkan keadaan kamu?
Malu tak sayang?
Ya, abaikan pandangan manusia. Utamakan pandangan Allah.
Bukankah ALLAH melarang kita untuk berdua-duaan bersama yang bukan mahram?
Berjabat tangan antara lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim pun haram apatah lagi bergesel badan,
memegang, memeluk, mencium yang bukan muhram? Masyaallah.
Siti Aisyah r.a ada berkata:“…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.”(Riwayat Imam Ahmad)
Subhanallah!
Bagaimana dengan kita? Berapa kali kita
tersentuh dengan yang bukan muhrim sepanjang kita hidup di bumi Allah
ini? Tanya pada diri sendiri. Kenang kembali dosa-dosa lalu. Astaghfirullalazim.
Wahai wanita yang disayangi Allah..
Jika kamu pernah melanggar perintah Allah dan jika kamu masih bernyawa ketika ini, saat ini, masih belum terlambat sayang.
Masih belum terlambat untuk melakukan taubat nasuha.
Masih belum terlambat untuk berubah.
Masih belum terlambat untuk membersihkan jiwa.
Masih belum terlambat selagi kita masih bernyawa.
‘kotornya aku! Adakah Allah akan menerima taubatku?!’
Insyallah sayang. Berusaha, raih kembali
cinta ilahi. Jangan sesekali kamu berputus asa meraih kembali cinta
Allah. Allah sentiada ada dengan kita. Sentiasa.
Wanita, mahalkan maruah dirimu. Tidakkah
kamu tahu harga diri wanita tersangatlah mahal? Alangkah ruginya jika
kita memberi segala-galanya yang kita punya kepada yang bukan muhrim?
Apakah yang akan kita berikan pada suami kita nanti?
Masyallah.
Berubahlah sayang, bertaubatlah. Masih
belum terlambat. Bersyukurlah Allah tidak menarik kembali apa yang Dia
berikan pada kamu sepanjang hayat kamu. Kembalilah padaNya.
Allah tidak pernah meninggalkan kita.
Percayalah. Dia sentiasa bersama kita. Bangkitlah sayang. Keluar dari
dunia yang penuh dengan noda ini. Utamakan akhirat. Sesungguhnya dunia
hanyalah sementara. Carilah bekalan untuk akhirat sementara hayat masih
dikandung badan.
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEREDHAI KITA :') ...
BICARA HATI
Apa khabarkah wahai diri? Bagaimanakah keadaan diri?
Soalan
yang acap kali kita mendengarnya. Mungkin, setiap hari soalan-soalan
berbunyi seperti ini kita mendengarnya dan bertanyakannya. Tapi, nukilan
ini bukan bertujuan untuk menanyakan tentang diri, ia tentang HATI!
Seperti
yang diketahui bahawa, Nabi Isa a.s mampu menghidupkan kembali manusia
yang telah mati. Akan tetapi, Nabi Muhammad saw pula mampu menghidupkan
pula hati-hati manusia yang telah mati. Itulah kehebatan Nabi Isa a.s
dan Nabi Muhammad saw.
“Namanya saja manusia, tapi hati tiada!” marah seorang pengemis jalanan.
Dialog diatas mungkin boleh diumpakan sebagai sebahagian hati mati.
Manusia
hebat kerana diberi akal dan juga hati. Berbanding dengan ciptaan Allah
swt yang lain. Kehebatan manusia itu sudah diberi, tapi ramai yang
tidak menghargai, mensyukuri, dan menghadiri. Benarkah pada anggota badan kita mempunyai raja?
Ya, anggota badan kita mempunyai raja.
“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh anggota tubuh itu baik. Dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh anggota tubuh itu turut rosak. Ketahuilah bahawa itu adalah HATI.” [HR Bukhari]
Jadi hati itu penting. Kerana hati itu raja. Jika rakyat tidak mempunyai raja, maka huru-haralah mereka.
“Rajanya
adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
Kata-kata yang dikaitkan dengan kisah Constantinople daripada Nabi
Muhammad saw sendiri. Raja dan tenteranya bukan sahaja baik pada
zahirnya, tapi ia baik juga pada hatinya. Kerana hati adalah raja pada
diri sendiri
Sebenarnya,
hadis di atas dan juga sejarah Islam tersebut bukan tertumpu pada
seseorang. Ia merangkumi semua dan ia juga untuk diri kita. Ia
menegaskan bahawa pentingnya hati.
Kerana rakyat yang hidup tanpa raja, akan menjadi huru-hara. Dan
apabila raja itu baik, maka kebaikan raja tersebut akan menyebar secara
meluas pada seluruh rakyat tersebut. Dan jika tidak baik, akan berlaku
sebaliknya.
Sebelum fokus pada raja sesebuah negara, marilah kita muhasabah diri serta muhasabah hati.
Kerana hati itu adalah raja, akal itu adalah menteri.
Jika hidup dengan hati yang sia-sia, ia tidak bermakna buat diri.
Dunia tidak mampu membaca isi hati.
Dekatkan serta eratkan hati kepada Ilahi, kerana DIA MAHA MENGETAHUI.SEMOGA ALLAH SENTIASA MEREDHAI KITA :') ...
Jumaat, 8 Februari 2013
Andai RASULULLAH ke rumah kita....
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin
Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita... Beliau datang dengan tersenyum
dan muka bersih dimuka pintu rumah kita..Apa yang akan kita lakukan?Mestinya
kita akan sangat berbahagia, memeluk ! beliau erat-erat, dan lantas
mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan
meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah
kita. Beliau tentu tersenyum.....Tapi barangkali Kita meminta pula Rasulullah
SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx
yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut
ke dalam. Beliau tentu tetap tersenyum.....Atau barangkali, kita teringat akan
lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga
kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..Barangkali
kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan
meletakkannya diruang tamu. Beliau tentu tersenyum.....Bagaimana bila
Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita? Barangkali kita teringat bahawa
anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun
sejarah Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.
Beliau tentu tersenyum.....Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita
tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi
hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja.
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang
solat.Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak memiliki
koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Beliau
tentu tersenyum..... Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi
karaoke kita dan anak-anak kita.. Kemanakah kita harus menyingkirkan semua
koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?Barangkali kita menjadi malu diketahui
jun jungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi. Beliau
tentu tersenyum..... Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan
Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu
kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan
duniawi.Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah
menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
jarang membaca Al-Quran. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita. Beliau tentu tersenyum.....Barangkali kita
menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang
sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu
jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di
tempat kita. Betapa senyum beliau masih ada di situ.....Bayangkan apabila
Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita... Apa yang akan kita
lakukan? Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk
dan menginap di rumah kita?Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak
beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan
malu? Maafkan kami, ya Rasulullah..... Masihkah beliau tersenyum.....? Senyum
pilu, senyum sedih dan senyum getir.....Oh, betapa memalukannya kehidupan kita
saat ini di mata Rasulullah.....Allahu Akbar..
#same2lah kita bermuhasabah diri .. semoga ALLAH sniase merdhai kita dan insyaALLAH siakhirat kelak nabi saw akan mengakui kita sebagai umatNya ... aamiiin ya ALLAH .. ya RABBAL ALAMIN .. :')
~ rindu padamu ya RASULULLAH ~
jom test iman ^_^ ..
Saling Update Minda Kite Yang Hampir Karat
Dengan Bermacam-Macam Perkare .… Ok Kite Same-Same Test Iman Kite …Rukun Iman Ade
Berape ye? Semua Akan Jawab 6 Kan ….sebab Yang Tulah Kite Blajar Dari Kecik Sampai Besar Nie Tapi Kite
Umat Yang Lupe .. Memang Manusia Ni Berasal Dari Perkataan Nisyan Yang Bermaksud
Lupe … Ramai Yang Hanye Mempraktikkan 5 Je
Rukun Iman..Tak Caye Jom Same2 Kite Masukkan Diri Kite Dalam Situasi Ni..:)
Ok Kite Seorang Yang Best Student Lah Kate
Kan…Asal Exam Mesti Dapat DL , tak pun 3. mungkin Kita .Dikira Pandai.Tp Pade Suatu
Ketike Allah Uji Kite Dapat pangkat 2 Je atau result yang tak berape gempak dan tak
bagus seperti biase,dalam Satu Exam Yang Mane Kite Mmg Komfident Boleh
Jawab….Macam Mane Kite Mase 2? Mesti Mase 2 Wujud 2 Golongan :
Pertame
Yang Sebut “Alhamdulillah”,Allah Bagi Jgk 2 Lebih Baik Dari 1 atau zero. Dan Satu
Lagi Golongan Yang Frast,Sedih atau mungkin Dia berasa nak marah…Dia nak Marah Kat Sape
2,Kat Pemerikse Kertas Ke..Tak Kan?Yang Bagi Keputusan Exam Sape,Allah
Taala …Jadi??Diorang Marah Kat Sape..Allah!MASYAALLAH..Maka Golongan Ni Lah Yang
Percaye 5 Je Rukun Iman,sebab Mane Kepercayaan Kite Pada Rukun Iman Yang
Ke6,Percaye Pada Qada` Dan Qadar Allah Taala..Jadi Kite Kat Mane???Percaye 6
Rukun Iman atau 5…Make Perbetulkan Lah
Iman Kite…Allah Baru Uji Ckit sebab Allah Sayang…Tipulah Klau Kate Kite Tak Sedih
Klau Jadi macam tu tapi Kite Kena Motivasikan Diri Kite Sendiri, Jadi Daie Untuk Diri
Sendiri Dengan Meriletkan Dengan Hikmah dan Nikmat Yang Allah Janjikan
Kelak..Jangan Suu Zon Dengan Allah Taala..Allah Tak Pernah Jemu Dengar Doa
Kite, Tapi Kite Yang Selalu Jemu Berdoa…Ingatlah Bahawa Kite hidup Kat Bumi
Allah Ni Sekejap Jee…Cube Hayati Ape Sebenarnye Islam..Islam Teramat Indah Bagi
Sape-Sape Yang Dalam Hatinye Ade Rase Cintakan Islam...aina ana??
hakikatnya mmg iman kite naik dan turun tapi
kite kene cube sentiase tingkatkannye supaye" iman " dapat jadi
remote control pada motherboard (hati)..sebab klau motherboard komputer rosak,
komfem pc komputer n seangkatan dengannye tak boleh gune lagi...samelah klu
hati rosak make rosaklah segalenye..usaha tanda kejayaan..selamat beramal ^_^ insyaALLAH ... <3
# smoga ALLAH sntiasa meredhai kita .. aamiiin :')
Dakwah dan Tarbiyah buat sahabat seperjuanganku :)
Buat sahabat seperjuanganku
Iringilah perjuanganmu dengan
do`a dan tawakkal kepada Allah
Bersungguh-sungguhlah sahabatku
Jadilah manusia yang berjasa pada Islam
Dalam tujuan mendapat redha Allah
Sahabatku
La Tansa bizikrillah wa la taiasu min rahmatillah!
Jangan sesekali kamu lupa dengan Allah
Nescaya Allah akan lupa kamu sebagaimana
Kamu lupa pada-Nya.
Jadikanlah Allah sebagai tempat pergantungan
Sepanjang hidup kamu
Berpegang teguhlah dengan “tali Allah”
Sahabatku,
Inginku mengingatkan bahawa
Perjuangan kita masih belum berakhir sebaik sahaja
Titisan qalammu menoktahi di atas kertas imtihanmu yang terakhir
Malah ia adalah titik perjuanganmu yang baru
Dalam arena Dakwah dan tarbiyah serta jihadmu
Sahabatku,
Maralah ke depan menuju era pembangunan Islam
Mengukuhkan panji dan syi`ar Islam daripada
Dirampas dari kaum yang ingkar akan perintah
Dan suruhan Allah.
Sahabatku,
Perjalanan para du`at tidak akan pernah terhenti
Begitu juga para Tulla~bul `ilmi yang sentiasa dahagakan ilmu
Mereka tidak akan pernah berhenti selagi
Kematian tidak menemui mereka
Sahabatku,
Bersamalah menuju ke menara gading
Teruslah menguasai ilmu selagi hayat dikandung badan
Kemudian binalah “baitul muslim” yang kukuh
Kerana “baitul muslim" adalah asas pembentukan daulah Islam
Sahabatku,
Ingatlah kata-kata akhirku
Sebelum kamu melangkah ke alam
Realiti yang penuh dengan cabaran
Kukuhkanlah iman kamu dengan pelbagai persediaan
Teguhkanlah jati diri kamu supaya kamu
Tidak mudah “patah” dari panahan nafsu dunia
# aamiiin ya ALLAH..YA RABBAL ALAMIN :')
Muhasabah Diri (:'))
Ambik sekeping kertas dan sebatang pen...
senaraikan jumlah bilangan hari kamu pegi
kuliyah agama dan solat berjemaah di masjid bulan ni..kalau kurang dprd 5 kali
(tak termasuk solat jumaat bg lelaki), tuliskan sebanyak mungkin alasan kenapa
tak sampai 5 kali pegi kuliyah dan solat jemaah...kat bawah lagi, tuliskan 2
perkara dan kat tepi ti buat 1 kurungan mcm kt bawah ni..
1 ~ aku cinta Allah ( )
2 ~ aku cinta dunia ( )
pastu, tandakan yg mana 1 pilihan...kalau
tanda kat no. 2 maknanya mmg betul sgt2 la tu..kalau rasa nak tanda kat no. 1,
tunggu dulu!!!..
pegi masuk bilik!!!, berdiri dpn cermin!..
tgk dan perhati elok2 dr hujung rambut smpai
hujung kaki...
sape jadikan rupa kamu cantik dan hensem mcm
tu?
sape yg bg duit utk kamu beli baju seluar
mahal mcm tu?
sape yg anugerahkan kesempurnaan fizikal pd
kamu mcm tu?
bukankah Allah, pemilik alam semesta ni?..ha,
tau pun...
jgn dok pandai2 kata bos kamu yg bagi..
jgn pandai2 kata pemimpin kamu yg bagi...
dorang sume tu pun, Allah yg bagi..sedar diri
skit!
ok balik semula kat tempat duduk kamu...skg
pegang pen, tandakan yg mana 1 pilihan kamu..
tanda no 1?
huh, tak malu!
mengaku cinta Allah, tp tak nak dekat dgn
Allah! tak nak cari ilmu Allah! tak nak rapatkan saf demi kerana Allah! Kejar
dunia mcm nak hidup selama2nya...kejar dunia mcm takkan mati langsung..
tu...tak nampak ke malaikat Izrail dok perati
24 jam..
tunggu arahan je, nak cabut nyawa..
dah bersedia ke? kalau rasa dah sedia, hafal
kerap2 lagi jawapan nak bg bila kena soal kt akhirat nanti!
belum bersedia?
hah kalau mcm tu, cepat2 batalkan program
dunia mlm ni..
tukarkan ke program akhirat pulak...
pegi masjid, solat berjemaah dan belajar
agama...
kan mudah...saje je buat susah...saje nak bg
Allah marah...
mana tau kalau mati mlm ni...kamu dah insaf...
lepas solat berjemaah...dan dengar kuliyah...
tentu mati dlm husnul
khotimah...alhamdulillah...
~JOM..JOM GI KULIYAH!~
#smoga ALLAH sntiasa meredhai kita sebagai hambaNYA ... insyaALLAH :')
#smoga ALLAH sntiasa meredhai kita sebagai hambaNYA ... insyaALLAH :')
Langgan:
Catatan (Atom)

