Sabtu, 8 Disember 2012

--> Adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan ...



Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan,
• Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah: “Dan ucaplah kata-kata yang makruf.”Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.”
• Menundukkan pandangan Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.
• Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.
• Tidak berkhalwat (berdua-duaan) Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.”
• Menghindari tempat syubhat Sabda Rasulullah SAW: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari)
Adab khas untuk wanita
• Iltizam dengan pakaian Islam Firman Allah: “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.” Dan firmanNya lagi:
“Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”
• Serius dalam ucapan Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah :
“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”
• Menjaga pergerakan Tidak harus mereka memperlihatkan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: “Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. “

Semoga ALLAH redha dan melindungi kita semua .. insyaALLAH .. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan