Isnin, 17 Disember 2012

cara untuk belajar :)



ana ingin kongsikan sedikit cara-cara nak belajar , semoga ia bermanfaat tuk semua pelajar , insyaALLAH ..

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

-Kita ingat 10% apa yang dibaca.

-Kita ingat 20% apa yang didengar.

-Kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat.

-Kita ingat 70% apa yang dicakapkan.

-Kita ingat 90% setelah dipraktikkan.

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-Pastikan cahaya adalah terang.

-Kurangkan gangguan bunyi.

-Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar.

-Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran.

-Kerusi dan meja menghadap kiblat.

-Jangan lupa untuk senyum.

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

 7. Mempunyai teknik membaca yang betul:

-Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul.

-Memberikan tumpuan sepanuhnya.

-Menggunakan jari telunjuk untuk membaca.

-Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.

8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

9. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

11. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji. 

                   

usaha doa dan tawakkal .. insyaALLAH .. :) 

Selasa, 11 Disember 2012

--> Kemanisan iman (halawatul iman) :)



Kemanisan iman , apa yang antum pham tentang kemanisan iman ? adakah iman tu ada rase ? mcm buah .. ada yang masam .. ada yang pahit , ada yang manis .. ia tdak semuanya same .. cume sesetengah saje .. kemanisan iman ini memang satu nikmat yang tak terhingga yang diberikan oleh ALLAH pada hambaNYA .. seseorang hamba yang mendapat kemanisan iman akan merasai satu keinsafan . mendapat keseronokkan dan kenikmatan dalam beribadah .. betapa manisnya iman yang ALLAH berikan , tersa hendak istiqamah dan mujahadah selalu pada ALLAH , akan timbul rasa takut apabila melakukan satu kesalahan walaupun sedikit .. tulah nikmatnya .. merasai nikmat yang tak terhingga .. rasa sayang dan cinta kepada ALLAH dan RASUL melebihi segala-galanya .. dan apabila kita merasa kemanisan tersebut , akan tergeraklah segala anggota tubuh badan kita untuk memerintah .. contoh tergerak hati , ase suke bile dengar ceramah .. ase seronok bile melihat mar’ah(wanita)memakai pakaian yang menutup aurat .. memakai purdah , jubah dan sebagainya .. subhanallah .. masyaallah .. J memang ase satu kelainan .. dan hati berasa tenang kerna ada ALLAH dan RASUL dalam hati kita ..

Bagaimana pule kita nak ase kemanisan tersebut ? yang ALLAH nak tgk adalah usaha kearahnya .. sentiasa berdoa , merintih .. barulah kita diberi kemanisan tersebut .. begitu juga dgan hidayah .. hidayah tu harus dicari .. dan ia tidak akan hadir sendiri klau tiada usaha untuk mencintaiNya

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan , tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang bersih hatinya.

Ana ingin menyebutkan beberapa langkah untuk mendapat kemanisan iman dari ALLAH swt ..
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.

Tu adalah beberapa perkara yang ana boleh kongsikan tuk mendapat kemanisan dan membersihkan hati dan jiwa kita .. cubelah kita berusha kearahnya .. untuk mngapai kemanisan beribadah harus dilakukan dengan menghayati apa itu ibdah kepada ALLAH .. tersa seronok apabila melakukan kebaikkan … apabile melakukan perkara yang ALLAH larang hati trase begitu takut dan ase tak sedap hati , timbul prasaan rasa bersalah kepada ALLAH , tulah kemanisannya :)

Mencintai ALLAH dan RASUL melbihi segala-galanya juga harus dibuktikan dengan perbuatan , lisan dan angota badan yang menggerakkan .. apabila mendapat kemanisan iman .. kita akan ase kelazatannya . contoh , kita akan lakukan apa saja untuk ALLAH dan RASUL .. sanggup melakukan apa saja .. kerana ada cinta dan sayang padaNYA .. contoh zina .. dalam hal-hal dan batas pergaulan dengan ajnabi/ajnabiah dengan kite .. kite jage dgn betul-betul tidak cube untuk untuk melebihi batas syariah .. kita takut azab ALLAH .. kita ikut perintah ALLAH .. segala-galanya kita buat keranaNYA .. mmang manis sngat kalau kita tahu merasainya .. subahanallah ..

Seterusnya mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman.dalam hati
dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”
Al-Syaikahani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”

Cara kita nak mencinta baginda kita haruslah mengikuti langkah2 ini 
- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
- Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan
- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.
- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda


InsyaALLAH .. ana arap antum semua boleh berusaha menuju cinta ALLAH dan RASUL untuk mendapat kemanisan iman dariNYA .. cubelah mencinta ALLAH dan RASUL melebihi segala-galanya .. kerana cinta ALLAH dan RASUL itulah yang kekal dan dpat menjamin kebahagiaan antum semua didunia hinggalah akhirat .. insyaALLAH ..:)


Isnin, 10 Disember 2012

puteri muslimah mengiringi kemenangan :) ..

1.wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu .. gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya 

2.wanita tergantung pada rambutnya , otaknya mngelegak dalam periuk , balasan wanita yang tidak menutup auratnya ..(rambut)

3.wanita berkepala babi , badannya seperti keldai dan menerima balasan wanita yang suke membuat fitnah .. bermusuh dengan jiran dan membuat dusta

4.wanita yang mukanya hitam dan memamah perutnya sendiri , balasan wanita yang menggoda dan mnghairahkan lelaki .

5.lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya , keluar hingga ke mulutnya .. balasan orang yang membuat fitnah , mngejek dan mencaci ..

6.lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan kebelakang serta dilontarkan mukanya ke api neraka , kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya .. balasan orang yang membesarkan diri dan takabbur kepada orang ramai ..

7.wanita tergantung rambutnya dipohon zakkum , api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar .. balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin

8.wanita dibelenggu dengan api neraka , mulutnya terbuka luas , keluar api dari perutnya , balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat

9.lelaki dan perempuan yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut .. balasan orang yang memakan harta anak yatim

10.lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api , dituang pula air panas ke badannya lalu melencur seluruh tubuhnya .. balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia ..



nauzubillah .. same-samelh kita menjga diri .. dan cubelah bertaubat sebelum sumenye trlambat .. semoga ALLAH melindungi kite semua .. insyaALLAH ..

--> Dunia adalah perhiasan , sebaik-baik perhiasan adalah WANITA SOLEHAH <--


Ahad, 9 Disember 2012

komik islamik dakwah (couple/zina itu haram disisi ALLAH)












ana harap antum semua dapat ambil pengajaran dari komik ini .. :) mugkin saja ada satu perkara yang kita rasa biasa bagi kita tulah yang ALLAH tak suka ..carilah cinta ilahi janganlah dikejar cinta insani yang belum tentu menjamim kebahgiaan mu ..  ana harap semoga ALLAH akan sentiase merdhai kita semua sebagai hambaNya yang soleh/solehah .. jauhilah zina .. kerna itulah yang akan mngundang kemurkaan ALLAH untuk mu .. nauzubillah .. semoga ALLAH redha dan sayang :)

--> Sohibah ana (Siti Nuraisyah)^^,



Ana mahu cerita tentang adik ana .. name adik ana .. siti nuraisyah , :) sekarang umurnya sudah mencecah setahun 11bulan .. tak sangka masa berlalu begitu cepat .. adik ana sudah semakin besar dan pandai mengikuti gelagak abang-abangnya … ana bersyukur pada ALLAH sebab adik ana sudah pandai menyebut kalimah-kalimah ALLAH .. tulah keistimewaan dia .. mungkin kerna didikan dari kecil .. sebab itu penting sangat didikan dari awal .. anak-anak boleh kenal ALLAH dengan lebih mendalam lagi .. ibu bapa juga memainkan peranan dalam hal ini .. ana harap supaya adik ana aisyah .. dapat menjadi serinkadi islam dan wanita solehah bile dewasa nanti .. :) .. insyaALLAH ..



Sohibah(adik perempuan)ana aisyah sebenarnya suka senyum , setiap kali bangun pagi mesti dia pergi ke bilik abang dia kejutkan abang die bangun tidur .. hehe , ana suke melihat telatah die .. die panggil abang die angah .. sohib(adik lelaki) ana yang kedua .. tak tahulah siapa yang ajar .. mungkin ummi ana yang ajar die supaya kejutkan orang bangun tidur .. ade satu lagi hal yang membuatkan ana bangga dengan dia .. dia dah pandai memberi salam dan membaca huruf hijaiah 29 .. subhanallah , biasa kalau ana pergi mengaji dengan toknyang ana mesti dia pun sibuk nak mengaji juga .. hehe . bila ada orang bagi salam mesti dia pun ikut same .. mungkin dia selalu mendengar orang bagi salam jadi dia pun ikut .. budak-budak mudah mengikut apa yang orang buat .. betul tak ? tu bagi ana .. ana tak sabar nak tunggu sohibah ana besar , ana harap sangat dia dapat membahagiakan ummi wa abah ana nanti.. dan dapat menjadi ustazah bersama-sama dengan die . dulu ana sendiri sahaja perempuan , sekarang ALLAH dah kirimkan ana sohibah perempuan dan ana akan jaga die betul-betul agar die dapat menjadi wanita solehah nanti insyaALLAH .. 

# Ana harap ALLAH akan sentiasa merahmati dan meredhai keluarga ana didunia wa akhirat , insyaALLAH :)


Sabtu, 8 Disember 2012

KATA-KATA HIKMAH MUTIARA ISLAM :) ..



Andai benar2 mahu berubah, kena lah belajar erti perngorbanan....
CONTOH nya mcm 'COUPLE'... andai before ni kita bergelumang dgn 'maksiat Kecil' mcm pegang2 tgn (alahai, cweeetnya bila org laen tgok an) tp kau org sedar tak itu adalah KEMURKAAN ALLAH..??. kalau ayah mak kita marah dengan kita, kita takut dan sbg nya, tp kenapa kita tak takut dengan MURKA ALLAH?? sedangkan ALLAH yg cipta kita, jangan LUPA DARATAN ok...!...
Jadi, belajar lah erti pengorbanan, BERPISAH dengan nya adalah LEBIH BAIK drpd terus2an kau org dapat KEMURKAAN ALLAH ..
INSYAALLAH.... ALLAH sentiasa BERSAMA kita! .... (^_^)



Ku menasihatimu bukanlah kerna ku ingin menunjukkan kehebatan ku ..

Ku menasihatmu kerna ada perasaan kasih terhadapmu ..

Ku ingin dikau turut merasai betapa manisnya hidayah itu pabila ia datang menyapa :)




Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA

3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa . smoga ALLAH redha 


Kita hidup memiliki dua pilihan iaitu...

Memilih atau Dipilih ...

Jika kita memilih ...

Pilihlah yang terbaik buat kita ...

Dan jika Dipilih...

Maka jadilah yang terbaik buatnya ...

Dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya ...

Kerana suatu saat fizikal itu pasti akan berubah...

Seiring berjalannya waktu....

Tetapi lihatlah seseorang itu dari Hati dan Sifatnya

Kelak dirimu akan bahagia insyaALLAH dunia dan akhirat 



"Wanita tidak seharusnya menjadi BULAN yang dapat ditatap oleh semua lelaki. Tetapi perlu menjadi MATAHARI yang silau, yang dapat menundukkan kaum Adam sebelum memandang."

InsyaALLAH .. ^_^

Semoga ALLAH redha :)



*Perempuan*



Apabila teruna memerhatikannya,

Perempuan akan membalas renungan matanya

Apapila teruna mendekatinya selangkah,

Perempuan datang berpuluh langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,

Perempuan lemah dalam pangkuannya.

Apabila teruna memberi harapan,

Perempuan hanyut dalam angan-angan.



TETAPI SEORANG...



*Muslimah*



Apabila teruna memandang nya,

Muslimah tunduk mengelak dr panah syaitan.

Apabila teruna mendekatinya selangkah,

Muslimah berundur beribu langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,

Muslimah anggap itulah kalimah iblis.

Apabila teruna menutur harapan indah,

Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.



Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..

Akan erti maruah peribadi sejati

Yang diselaputi iman yang hakiki Yang tidak mudah dicemari.



Semoga ALLAH sayang dan redha .. insyaALLAH :)


Wahai Hawa.cantik mu bukan pada wajah mu..kecomelan mu bukan pd tubuh mu.ketahuilah wahai hawa..cantik itu adalah pada Akhlak mu . kecomelan mu itu adalah pada keterampilan mu.ingtlah wahai hawa.jgalah adab dan akhlak mu berlandaskan hukum Allah. Hukum yg telah ditetapkan oleh Allah amatlah bersesuaian dengn mu.. wahai Hawa.. jgalah aurat mu.. jagalah maruah mu.. Insya Allah..kamu akan mndapat balasan dn ganjaran yg baik dari Allah kelak .. semoga ALLAH redha 




Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya :

Perempuan : Awk.. Kenape awk tak penah ajak sy tengk wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain?

Lelaki : Saje..

Perempuan : Saje ke atau awk malu nk kuar ngan sy?

Lelaki : Mana ada..

Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?

Lelaki : Sebab sy nak jimat kredit..

Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenape ye kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..



--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. Beberapa minit kemudia dia menerima satu mesej..

Lelaki : Sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..



Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah".. ??????...bling bling bling...??????? (^_^)Bila anda rindukan seseorang pandanglah pada bintang yang paling terang sinarnya. Percayalah pada hati kamu bahawa insan yang dirindui itu juga sedang merinduimu ^^ biarpun jauh ????? insyaALLAH kamu pasti menemuinya kembali ^_^

“Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.” (Imam Syafie)




Bagaimana KITA nak LAWAN & ABAI ketetapan ALLAH??

Sedangkan nanti KITA TETAP akan PULANG menghadap ALLAH..

SEMUA orang PASTI akan MATI....



Bagaimana KITA sanggup DERHAKAkan ALLAH ??

Sedangkan segala NIKMAT ini adalah KURNIAAN daripada ALLAH..

Semuanya akan diPERSOALkan....



Ya Allah,

AMPUNKANlah tiap-tiap KEJAHILAN & KELALAIAN ini ..

Hanya REDHA-Mu yang diimpi & dipohonkan ..



Mengharap NIKMAT SYURGA yang dijanjikan ,

MEMINTA SELAMAT daripada NERAKA yang penuh PENDERITAAN..

InsyaALLAH ..