Isnin, 4 Mac 2013

Muhasabah Diri :')



ALLAH lah yang memegang hati2 kita..
DIA juga yang memberikan rasa cinta..
maka selayaknya Dialah yang harus kita cintai dahulu

ALLAHlah yang memegang hati2 manusia dan lain2nya..
maka sekiranya kita mahu mencintai mereka , cintailah ALLAH terlebih dahulu , kerna pasti ALLAH tak pernah mengecewakan kita ..

ALLAH yang telah memberi sejuta satu nikmat kepada kita ..
tanpa harga dan percuma ! dan walau kita seringkali menjadi hambaNYA yang derhaka !
DIA tetap mengasihi kita tanpa syarat mahupun denda apa pun !
bukankah itu sudah cukup untuk membuatkan kita jatuh cinta ?

ALLAH yang menjadi tempat mengadu kita dikala hati berduka dan jiwa terseksa ..
DIA punya cara yang tersendiri untuk merungkaikan kegelisahan dihati dan keserabutan dikepala..
dan kita sering berjumpa ketenangan yang dicari dengan kita kembali padaNYA ...

Dan ALLAH tinggalkan kita dengan ayat2 cinta yang banyak sentuhan2 yang membasahkan jiwa..
DIA turunkan AR-RASUL sebagai guru cinta kita semua ..
YA ALLAH .. bukankah itu defini cinta DIA buat kita ?
kenapa sukar untuk kita merasai semua itu ?

tidak cukupkan lagi sebab dan alasan untuk kita tak mencintaiNYA sepenuh hati kita ?
belum sampaikah masanya untuk kita mencurahkan segala isi hati dan kecintaan kita padaNYA
sebelum yang lainnya ??
dan tak malukah kita .. betapa ALLAH mencintai kita sesungguhnya
dan kita langsung tak peduli untuk membalas cintaNYA ?

ALLAHU ALLAH .. senyum .. airmata mengalir perlahan :')
cintailah manusia sepenuh hatimu dan tidak mustahil kamu akan dikecewakan ..
tapi cintailah ALLAH , seseungguhnya dan sepenuh perasaanmu..
dan yakinlah kerana DIA tidak akan mengecewakan ! :')


sama2lah kita muhasabah diri ..

# semoga ALLAH sntiasa memberi keredhaaNYA kepada kita semua ..

Sabtu, 2 Mac 2013

Cinta seorang pendakwah



Jatuh cinta bagi seorang aktivis dakwah bukanlah perkara biasa. Dalam konteks dakwah, jatuh cinta adalah gerbang pengembangan pergerakan. Menurut konteks pembinaan, jatuh cinta  adalah naik marhalah. Konteks keimanan pula, jatuh cinta pula adalah bukti ketundukan kepada sunnah Rasulullah SAW dan jalan meraih reda Allah.
Maka persoalannya bukan pada bagaimana memilih seseorang yang paling cantik atau yang paling tampan, melainkan seseorang yang paling tepat untuk menjadi pendamping hidup. Seseorang yang tahu bagaimana mengemudi bahtera rumah tangga agar selalu dalam bingkai keluarga daie.
Oleh kerana sejak awal meniti jalan menuju perkahwinan harus dimulai dengan niat yang benar usaha yang dilakukan pun juga benar dan tidak melanggar syariat. Tidak perlu ada percintaan Islamik, tunangan syarie dan menggantung status.
Kata – kata, “Awak, tunggulah saya. Saya akan mengahwini awak dua tahun lagi”  tidak perlu ada. Sebab kata-kata ini tidak mengandungi kejelasan. Ia hanya menjanjikan sesuatu yang  tidak pasti. Pada hakikatnya dia pun juga tidak  perlu berjanji seperti ini. Janji ini seolah-olah tanda jadi atau pengikat, padahal ia bukan seperti itu.
Ia hanyalah pelega dan syurga telingan sahaja. Ini kerana janji berkahwin dua tahun lagi tidaklah dapat dikatakan sebagai sebuah niat proses perkahwinan secara syarie
Kita juga tidak perlu menggantung status sebuah hubungan. Lelaki dan wanita apabila mereka merasa sudah sangat dekat dan sangat akrab akan sering mencurah rasa hati, bertukar pendapat dan diskusi. Mereka saling memberi harapan, tapi mereka tidak mahu disebut sebagai sedang bercinta.
Hubungan hati mereka sudah selayaknya dua sejoli, tapi mereka  menolak disebut percintaan. Mereka lebih selesa dengan gelaran BFF atau penuhnya, Best Friend Forever. Hubungan seperti inilah yang sering kita sebut hubungan menggantung, tergantung dan tidak jelas. Si lelaki tak berani untuk jujur berkata ingin berkahwin dan wanita pun malah menikmati hubungan itu.
Jadi sebaiknya sebagai  seorang pendakwah segala sesuatu harus dijadikan teladan. Bagaimana diri kita menjadi contoh yang baik bagi masyarakatnya. Tidak perlu percintaan Islamik, tidak perlu membuat janji, tidak perlu menyeksa wanita dengan hubungan yang tidak jelas statusnya. Bila memang ingin berkahwin maka tekan minyak. Namun bila tidak mahu silakan tekan pedal brek sekuatnya, dan lepaskan bila kita sudah merasa bersedia segalanya.
Siapakah pendakwah-pendakwah itu?

Jawapannya, kita semua.

Mata ini selalu ingin memandangmu..





Mata ini ingin selalu memandangmu…. Tapi tak ku teruskan… Bimbang akan mencium bau zina…. Hati pula tak kuingini dikuasai oleh nafsu… Lalu aku tinggalkan semuanya…. Tak ku zahirkan didepanmu…. Cukup hanya ALLAH saja yang tahu… Ku tersenyum padamu bukan beerti ku ingin menggodamu…. Kerana aku takut ku kan terbakar dalam godaan itu… Cukup sekadar ingin mengatakan ku senang dengan kehadiranmu…. Kadang2 seperti sebuah harapan dihulurkan… Tapi aku tak terus melompat girang…. Kerna ku tak yakin apakah benar tiap apa yang dikatakan…. Bukan senyum tawa yang kurasakan tapi deraian airmata yang kutitipkan… Bimbang dihati kian mengembang…. Gusar andai yang kuinginkan tak seperti yang kau bakal berikan…. Mampukah diri ini menelan segala kekecewaan? Mungkin ya jika segalanya kerana TUHAN dan berlandaskan iman… Tiap masa doa kurafakkan… Moga DIA membuka pintu hatimu…. Biarpun aku tak pasti bukan untuk menerimaku… Kerana cintaNYA aku mengenalimu… Kerana kasihNYA aku mula mendekatimu… Kerana agama yang ada padamu aku mula jatuh hati padamu… Namun cinta yang didamba hanyalah cinta yang mendatangkan pahala…. Biar hati2 kita bersatu kerana ingin memiliki redhaNYA… Biar hati2 kita bertaut kerana ingin berjuang demi agamaNYA… Biar hati2 kita saling menyinta untuk menuju syurgaNYA… Moga kata hati yang kurasakan ini bukanlah cinta yang akan mengheret kita kepada dosa dan kemurkaan ALLAH… Biar kita sama2 mengubati kehausan jiwa kita dengan secangkir air cinta dari syurga… Bukan menjemput air timah dari neraka… Sesungguhnya aku memahami bukan mudah meraih cinta yang berbuah pahala… Biar syahadat cintaku padamu ini terus bersemadi dihati…

TAK ADA YANG PERCUMA DALAM DUNIA INI .

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”
Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.
Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”
Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?

bermuhasabahalah diri kita sebelum semuanya terlambat , nak syurga ALLAH bukan senang .. dan hidup dekat dunia takda yang percuma , jika tandas pun kite kena bayar apatah lagi dengan syurga ALLAH ? bukan mudah ye .. ALLAH pun memerlukan bayaran untuk kita masuk ke syurga .. dengan bayaran bekalan kita atas dunia ni .. jangan ingat dunia tempat tuk senang dan gembira saja . ingatlah masih bayak lagi amalan yang harus kita kumpul supaya kita selamat sampai berjumpa denganNYA .. WALLAHU'ALAM ...

UJIAN CINTA ITU BERAT :)

Ujian cinta itu berat.
Jika ujian cinta itu menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, tak kan dua sumber yang agung ini (Al-Quran dan Sunnah) tidak memberi panduan tentangnya?
Panduan untuk menguruskannya bukan untuk membunuhnya.
Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah?
Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah. Bersama redha Allah.
»Fatimah Syarha. :’)

bagiku cinta itu tak perlukan sebab




Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri bersiar – siar di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai kamu sayang..
Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh kata abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya.
Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan kamu!
Isteri : Abang tidak  dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan kepada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata Baiklah! abang mencintai kamu sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan memberi perhatian kepada abang selalu. Abang juga suka senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama kamu”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penjelasan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya.

Isi surat tersebut :
“Sayangku..
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang dapatkan engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan perhatian mu aku mencintai mu… sekarang dapatkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang dapatkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat  mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak.
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati


Sayang … aku sayang kamu …
kamu yang  menumbuhkan cintaku..
kamu  yang memberikan kebahagiaan untuk ku..
kamu  yang memberikan senyum untuk ku..
kamu yang ditakdirkan bersama ku,,,
Sayang .. bangunlah dari tidur panjangmu,
Aku sangat merindukanmu…

SAHABAT UKHWAH ISLAMIAH :')



Sahabat..

kekuatan bukanlah segalanya
Kerana Ia hanya sementara dan akan binasa
Tetapi mencintai dan menerima diri apa seadanya
Adalah wujud dari hamba yang bersyukur kepada Tuhannya
Mengejar kehormatan dan kekuasaan bukanlah tujuan
Tetapi mengejar cinta kasih selalu memberikan ketenangan
Maka, jangan kita larang sahabatmu jika dia menangis
Ajarkan dia untuk mengenali dan menerima perasaannya
Sahabat, katakan padanya…
Bahawa air mata adalah anugerah Tuhan yang indah
Sehingga dia belajar untuk tidak kecewa oleh emosinya
Dan jika mengerti, dia telah belajar untuk hidup dengan seteguhnya
Jangan pernah mengajar sahabat  kita bagaimana menjadi cantik
Tetapi ajarkan dia untuk mencintai & menerima dirinya apa seadanya
Dan jangan kita ajarkan dia bagaimana untuk menyenangkan lelaki/wanita
Tetapi ajarkan dia untuk menyenangkan hati Tuhan yang menciptakannya
Isilah kehidupan  kita dengan cinta, hikmat, dan kebijaksanaan
Bukan dengan harta, kecantikan tubuh, gelaran dan kekuasaan
Ajarkan sahabat  kita menikmati keindahan mentari pagi
Dan kehangatan rasa ketika menggenggam pasir
Begitu juga kemesraan seekor kupu-kupu hinggap di atas bunga
Dan ajarkan dia menikmati merdunya suara titisan hujan
Jika kita ingin sahabat  kita rajin beribadah kepada Allah

Maka, jadilah teladan untuknya dan gemakan keberadaan Allah dalam diri kita

Seseorang itu takkan dapat kita paksa berdoa dan bermunajat kepada Allah
Ketika dia tidak dapat menangkap makna ibadah yang terukir dalam kehidupan kita

Jika kita ingin sahabat  kita mencintai ilmu pengetahuan
Pancarkan rasa ingin terus belajar dalam diri  kita dan dirinya
kerana nasihat kita tak akan dapat membuatnya mahu membaca
Ketika dia tidak pernah menyaksikan kita menikmati ilmu
Jika kita ingin sahabat  hidup penuh kasih
Tunjukkan cinta kasih  kita kepadanya

Kata-kata sahaja tidak akan mampu membuatnya mengasihi
Jika dia tak pernah merasakan cinta dan perhatian dari  kita


 Jadi, bagaimna cara kita mengajarkan sahabat kita? sama2lah kita berfikir :')

SEMOGA ALLAH SENTIASE MEREDHAI KITA :')

Kerana Jarak ...

KERANA JARAK
Kerana jarak  engkau putuskan aku

Kerana jarak engkau tinggalkan aku



Tahukah engkau yang sebenarnya jarak itu ada hikmahnya

Supaya kita tidak banyak melakukan dosa

Tahukah engkau Allah menjarakkan kita supaya kita mencintaiNya lebih dari segalanya.

Dan tahukah engkau yang Allah menjarakkan kita supaya kita merinduiNya dahulu sebelum kita merindui sesama sendiri.



Sesungguhnya aku bersedih apabila diputuskan tetapi aku bersyukur kerana jaraklah aku meletakkan cintaku padaNya lebih daripada dirimu.

Dan aku redha dengan perpisahan ini kerana aku yakin kita bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah.

Dan tidak mustahil kita akan bertemu kembali keranaNya.

Aku kembali bangun dari jatuh tersungkur kerana Allah sayangkan aku.

Walaupun aku rasa Allah jauh tetapi sebenarnya Dia dekat dihatiku.

Selalu mendengar rintihan dan doa-doa yang kupanjatkan.



Sesungguhnya jika kita kembali bersatu atas jalan cinta yang diredhaiNya,

Cuma satu pesanku, janganlah engkau menjadikan jarak ini sebagai satu penghalang untuk cinta yang diredhaiNya kerana apabila Allah mengkehendaki sesuatu, maka jadilah ia.

    Walau jauh kita berpisah, walau jarak yang menjadi penghalang cinta kita, percayalah kalau sudah tertulis di Luh MahfuzNya yang engkau adalah untukku, sejauh mana kita mengelak sekalipun, kita akan disatukan kembali keranaNya.

BELUM TERLAMBAT SAYANG :')





Aku juga wanita. Seperti kalian. Aku juga pernah tersasar dari landasan suatu ketika dulu. Aku juga pernah dikecewakan, dipermainkan, dipersendakan, dan dicarik-carik hati ini oleh insan yang bernama lelaki. Aku pernah.

Aku yakin kamu juga pernah. Kamu yang bernama wanita. Kamu pernah memberi hati kamu dengan seikhlas hati, ditabur janji manis tinggi ke langit, dihambur kata-kata yang membuat kamu berada di awangan, kamu juga pernah tersenyum lebar kerana berasa diri disayangi, ditatang bagai minyak yang penuh, dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan.
Alangkah indahnya jika dia yang halal buatmu.
Kan sayang?
Malu tak rasanya kalau kita berdampingan dengan seorang lelaki yang bukan mahram di khalayak ramai?
Malu tak rasanya jika kita saling berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di hadapan orang ramai?
Malu tak rasanya dengan persepsi dan pandangan orang ramai bila melihatkan keadaan kamu?
Malu tak sayang?
Ya, abaikan pandangan manusia. Utamakan pandangan Allah.
Bukankah ALLAH melarang kita untuk berdua-duaan bersama yang bukan mahram?
Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pun haram apatah lagi bergesel badan, memegang, memeluk, mencium yang bukan muhram? Masyaallah.
Siti Aisyah r.a ada berkata:
“…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Subhanallah!
Bagaimana dengan kita? Berapa kali kita tersentuh dengan yang bukan muhrim sepanjang kita hidup di bumi Allah ini? Tanya pada diri sendiri. Kenang kembali dosa-dosa lalu. Astaghfirullalazim.

Wahai wanita yang disayangi Allah..
Jika kamu pernah melanggar perintah Allah dan jika kamu masih bernyawa ketika ini, saat ini, masih belum terlambat sayang.
Masih belum terlambat untuk melakukan taubat nasuha.
Masih belum terlambat untuk berubah.
Masih belum terlambat untuk membersihkan jiwa.
Masih belum terlambat selagi kita masih bernyawa.
‘kotornya aku! Adakah Allah akan menerima taubatku?!’
Insyallah sayang. Berusaha, raih kembali cinta ilahi. Jangan sesekali kamu berputus asa meraih kembali cinta Allah. Allah sentiada ada dengan kita. Sentiasa.
Wanita, mahalkan maruah dirimu. Tidakkah kamu tahu harga diri wanita tersangatlah mahal? Alangkah ruginya jika kita memberi segala-galanya yang kita punya kepada yang bukan muhrim? Apakah yang akan kita berikan pada suami kita nanti?
Masyallah.
Berubahlah sayang, bertaubatlah. Masih belum terlambat. Bersyukurlah Allah tidak menarik kembali apa yang Dia berikan pada kamu sepanjang hayat kamu. Kembalilah padaNya.
Allah tidak pernah meninggalkan kita. Percayalah. Dia sentiasa bersama kita. Bangkitlah sayang. Keluar dari dunia yang penuh dengan noda ini. Utamakan akhirat. Sesungguhnya dunia hanyalah sementara. Carilah bekalan untuk akhirat sementara hayat masih dikandung badan.


SEMOGA ALLAH SENTIASA MEREDHAI KITA :') ...

BICARA HATI


Apa khabarkah wahai diri? Bagaimanakah keadaan diri?
Soalan yang acap kali kita mendengarnya. Mungkin, setiap hari soalan-soalan berbunyi seperti ini kita mendengarnya dan bertanyakannya. Tapi, nukilan ini bukan bertujuan untuk menanyakan tentang diri, ia tentang HATI!
Seperti yang diketahui bahawa, Nabi Isa a.s mampu menghidupkan kembali manusia yang telah mati. Akan tetapi, Nabi Muhammad saw pula mampu menghidupkan pula hati-hati manusia yang telah mati. Itulah kehebatan Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad saw.
“Namanya saja manusia, tapi hati tiada!” marah seorang pengemis jalanan.
Dialog diatas mungkin boleh diumpakan sebagai sebahagian hati mati.
Manusia hebat kerana diberi akal dan juga hati. Berbanding dengan ciptaan Allah swt yang lain. Kehebatan manusia itu sudah diberi, tapi ramai yang tidak menghargai, mensyukuri, dan menghadiri. Benarkah pada anggota badan kita mempunyai raja?
Ya, anggota badan kita mempunyai raja.
“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh anggota tubuh itu baik. Dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh anggota tubuh itu turut rosak. Ketahuilah bahawa itu adalah HATI.” [HR Bukhari]
Jadi hati itu penting. Kerana hati itu raja. Jika rakyat  tidak mempunyai raja, maka huru-haralah mereka.
“Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Kata-kata yang dikaitkan dengan kisah Constantinople daripada Nabi Muhammad saw sendiri. Raja dan tenteranya bukan sahaja baik pada zahirnya, tapi ia baik juga pada hatinya. Kerana hati adalah raja pada diri sendiri

Sebenarnya, hadis di atas dan juga sejarah Islam tersebut bukan tertumpu pada seseorang. Ia merangkumi semua dan ia juga untuk diri kita. Ia menegaskan bahawa pentingnya hati. Kerana rakyat yang hidup tanpa raja, akan menjadi huru-hara. Dan apabila raja itu baik, maka kebaikan raja tersebut akan menyebar secara meluas pada seluruh rakyat tersebut. Dan jika tidak baik, akan berlaku sebaliknya.
Sebelum fokus pada raja sesebuah negara, marilah kita muhasabah diri serta muhasabah hati.
Kerana hati itu adalah raja, akal itu adalah menteri.
Jika hidup dengan hati yang sia-sia, ia tidak bermakna buat diri.
Dunia tidak mampu membaca isi hati.
Dekatkan serta eratkan hati kepada Ilahi, kerana DIA MAHA MENGETAHUI.

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEREDHAI KITA :') ...