Sabtu, 2 Mac 2013

TAK ADA YANG PERCUMA DALAM DUNIA INI .

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”
Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.
Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”
Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?

bermuhasabahalah diri kita sebelum semuanya terlambat , nak syurga ALLAH bukan senang .. dan hidup dekat dunia takda yang percuma , jika tandas pun kite kena bayar apatah lagi dengan syurga ALLAH ? bukan mudah ye .. ALLAH pun memerlukan bayaran untuk kita masuk ke syurga .. dengan bayaran bekalan kita atas dunia ni .. jangan ingat dunia tempat tuk senang dan gembira saja . ingatlah masih bayak lagi amalan yang harus kita kumpul supaya kita selamat sampai berjumpa denganNYA .. WALLAHU'ALAM ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan