Apa khabarkah wahai diri? Bagaimanakah keadaan diri?
Soalan
yang acap kali kita mendengarnya. Mungkin, setiap hari soalan-soalan
berbunyi seperti ini kita mendengarnya dan bertanyakannya. Tapi, nukilan
ini bukan bertujuan untuk menanyakan tentang diri, ia tentang HATI!
Seperti
yang diketahui bahawa, Nabi Isa a.s mampu menghidupkan kembali manusia
yang telah mati. Akan tetapi, Nabi Muhammad saw pula mampu menghidupkan
pula hati-hati manusia yang telah mati. Itulah kehebatan Nabi Isa a.s
dan Nabi Muhammad saw.
“Namanya saja manusia, tapi hati tiada!” marah seorang pengemis jalanan.
Dialog diatas mungkin boleh diumpakan sebagai sebahagian hati mati.
Manusia
hebat kerana diberi akal dan juga hati. Berbanding dengan ciptaan Allah
swt yang lain. Kehebatan manusia itu sudah diberi, tapi ramai yang
tidak menghargai, mensyukuri, dan menghadiri. Benarkah pada anggota badan kita mempunyai raja?
Ya, anggota badan kita mempunyai raja.
“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh anggota tubuh itu baik. Dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh anggota tubuh itu turut rosak. Ketahuilah bahawa itu adalah HATI.” [HR Bukhari]
Jadi hati itu penting. Kerana hati itu raja. Jika rakyat tidak mempunyai raja, maka huru-haralah mereka.
“Rajanya
adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
Kata-kata yang dikaitkan dengan kisah Constantinople daripada Nabi
Muhammad saw sendiri. Raja dan tenteranya bukan sahaja baik pada
zahirnya, tapi ia baik juga pada hatinya. Kerana hati adalah raja pada
diri sendiri
Sebenarnya,
hadis di atas dan juga sejarah Islam tersebut bukan tertumpu pada
seseorang. Ia merangkumi semua dan ia juga untuk diri kita. Ia
menegaskan bahawa pentingnya hati.
Kerana rakyat yang hidup tanpa raja, akan menjadi huru-hara. Dan
apabila raja itu baik, maka kebaikan raja tersebut akan menyebar secara
meluas pada seluruh rakyat tersebut. Dan jika tidak baik, akan berlaku
sebaliknya.
Sebelum fokus pada raja sesebuah negara, marilah kita muhasabah diri serta muhasabah hati.
Kerana hati itu adalah raja, akal itu adalah menteri.
Jika hidup dengan hati yang sia-sia, ia tidak bermakna buat diri.
Dunia tidak mampu membaca isi hati.
Dekatkan serta eratkan hati kepada Ilahi, kerana DIA MAHA MENGETAHUI.SEMOGA ALLAH SENTIASA MEREDHAI KITA :') ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan