بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin
Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita... Beliau datang dengan tersenyum
dan muka bersih dimuka pintu rumah kita..Apa yang akan kita lakukan?Mestinya
kita akan sangat berbahagia, memeluk ! beliau erat-erat, dan lantas
mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan
meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah
kita. Beliau tentu tersenyum.....Tapi barangkali Kita meminta pula Rasulullah
SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx
yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut
ke dalam. Beliau tentu tetap tersenyum.....Atau barangkali, kita teringat akan
lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga
kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..Barangkali
kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan
meletakkannya diruang tamu. Beliau tentu tersenyum.....Bagaimana bila
Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita? Barangkali kita teringat bahawa
anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun
sejarah Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.
Beliau tentu tersenyum.....Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita
tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi
hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja.
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang
solat.Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak memiliki
koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Beliau
tentu tersenyum..... Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi
karaoke kita dan anak-anak kita.. Kemanakah kita harus menyingkirkan semua
koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?Barangkali kita menjadi malu diketahui
jun jungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi. Beliau
tentu tersenyum..... Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan
Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu
kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan
duniawi.Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah
menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
jarang membaca Al-Quran. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita. Beliau tentu tersenyum.....Barangkali kita
menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang
sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu
jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di
tempat kita. Betapa senyum beliau masih ada di situ.....Bayangkan apabila
Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita... Apa yang akan kita
lakukan? Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk
dan menginap di rumah kita?Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak
beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan
malu? Maafkan kami, ya Rasulullah..... Masihkah beliau tersenyum.....? Senyum
pilu, senyum sedih dan senyum getir.....Oh, betapa memalukannya kehidupan kita
saat ini di mata Rasulullah.....Allahu Akbar..
#same2lah kita bermuhasabah diri .. semoga ALLAH sniase merdhai kita dan insyaALLAH siakhirat kelak nabi saw akan mengakui kita sebagai umatNya ... aamiiin ya ALLAH .. ya RABBAL ALAMIN .. :')
~ rindu padamu ya RASULULLAH ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan