Jumaat, 8 Februari 2013

Dakwah dan Tarbiyah buat sahabat seperjuanganku :)



 Buat sahabat seperjuanganku
 Iringilah perjuanganmu dengan
 do`a dan tawakkal kepada Allah
 Bersungguh-sungguhlah sahabatku
 Jadilah manusia yang berjasa pada Islam
 Dalam tujuan mendapat redha Allah
  
 Sahabatku
 La Tansa bizikrillah wa la taiasu min rahmatillah!
 Jangan sesekali kamu lupa dengan Allah
 Nescaya Allah akan lupa kamu sebagaimana
 Kamu lupa pada-Nya.
 Jadikanlah Allah sebagai tempat pergantungan
 Sepanjang hidup kamu
 Berpegang teguhlah dengan “tali Allah”

 Sahabatku,
 Inginku mengingatkan bahawa
 Perjuangan kita masih belum berakhir sebaik sahaja
 Titisan qalammu menoktahi di atas kertas imtihanmu yang terakhir
 Malah ia adalah titik perjuanganmu yang baru
 Dalam arena Dakwah dan tarbiyah serta jihadmu
  
 Sahabatku,
 Maralah ke depan menuju era pembangunan Islam
 Mengukuhkan panji dan syi`ar Islam daripada
 Dirampas dari kaum yang ingkar akan perintah
 Dan suruhan Allah.

 Sahabatku,
 Perjalanan para du`at tidak akan pernah terhenti
 Begitu juga para Tulla~bul `ilmi yang sentiasa dahagakan ilmu
 Mereka tidak akan pernah berhenti selagi
 Kematian tidak menemui mereka
  
 Sahabatku,
 Bersamalah menuju ke menara gading
 Teruslah menguasai ilmu selagi hayat dikandung badan
 Kemudian binalah “baitul muslim” yang kukuh
 Kerana “baitul muslim" adalah asas pembentukan daulah Islam

 Sahabatku,
 Ingatlah kata-kata akhirku
 Sebelum kamu melangkah ke alam
 Realiti yang penuh dengan cabaran
 Kukuhkanlah iman kamu dengan pelbagai persediaan
 Teguhkanlah jati diri kamu supaya kamu
 Tidak mudah “patah” dari panahan nafsu dunia

# aamiiin ya ALLAH..YA RABBAL ALAMIN :') 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan