Rabu, 5 Disember 2012

(◠‿◠) Kisah couple (◠‿◠✿


LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum.

LELAKI : Waalaikumussalam..

couple tu berdosa tahu .. tiada istilah couple dalam islam kecuali couple nikah .. ALLAH kak dah pesan kepada kita semua jangan menghampiri zina .. zina itu satu dosa yang sangat besar disisi ALLAH .. ALLAH itu baik sangat dekat kita .. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambaNya .. kenapa kita mesti melanggar peraturanNya ?? bumi ini milik siapa ?? kenapa kita tak boleh belajar untuk mujahadah .. untuk istiqamah .. kenapa harus mengikuti cinta yang datang dari syaitan dan hawa nafsu sendiri .. ALLAH tahu fitrah kita , ALLAH tahu segala-galanya tentang diri kita .. akan ada jodoh untuk kita kerna jodoh ALLAH sudah tertulis diloh mahfuz lagi .. jika kita tidak ditakdirkan untuk bersama dengannya .. mungkin memang nama dia bukan diloh mahfuz kita .. ada ALLAH yang kita boleh cintai .. ada RASUL yang kita boleh sayangi .. bertaubatlah selagi ada masa .. ALLAH sentiasa ada untuk hambaNya .. sama-samalah kita muhasabah diri .. adakah cinta insani yang dapat membantu kita diakhirat kelak atau cinta ALLAH dan RASUL yang akan membantu kita dan mnyelamatkan kita .. sama-samalah kita muhasabah diri .. cinta yang kekal dan abadi yang datang dari ALLAH atau cinta yang hanya sementara yang belum tentu menjamin kebahagiaan kita didunia dan juga diakhirat kelak.. wallahu'alam ..

SAY NO TO COUPLE .. SAY YES TO WEDDING .. :) 

semoga ALLAH redha dan sayang ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan