Sabtu, 8 Jun 2013

sakit itu tanda ALLAH sayang :')

a'salamualaikum...:) hari nie sy nak cite pasal botol ne..mesti sume org dah tahu kan nie botol ape?hee sbnarnye sy pggil benda nie botol air tak tahu name sbnarnye ape..hee setiap kali pgi hospital mesti kena pakai botol air ne.. setiap org yg pernah saket msti tahu kan? :') ade yang nak menangis..bile duk hospital mesti nak balik...mcam sy^_^ .. hee~ tapi kite kena sabar..saket itu juga salah satu tanda bahawa ALLAH tu sygkan hambaNya :') sy tak nak cakap pjg..cume nak sentuh skit jer pasal botol air ne sebagai permulaan ..hee

sy nak cakap pasal ne sebab sy nak sentuh pasal kesaketan ataupun ujian yg diberi oleh ALLAH kpd stiap hmbeNya..tak kire dari segi kerugian..kesaketan.kesusahan dan sebagainye sume tu adelah tarbiah dari ALLAH tuk menguji kita :')
 Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian… Dalam hadis Qudsi Allah berfirman;
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)
^.^
Allah uji tahap keimanan kita..
Sedangkan ramai yang lain terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmat Allah ini :)





ALLAH begitu menyayangi hambeNya lbeh dari seorang ibu mnyayangi anaknya :')
ALLAH uji bukan tuk mendera atau membuatkan kite menderita..tapi sume ne adelah tarbiah dari ALLAH tuk kita..setiap ujian mahupun kesaketan yg kite alami pasti ade hikmahnye kan ? percayalah..ALLAH tu dah rancangkan yg trbaik tuk hmbeNya..la tahzan bagi sesiapa yg mengalami kesaketan atau kesusahan percayalah ALLAH akan beri sesuatu kpd kita tanpe kite sangke2kan slame ne skirenya kite bersabar dalam mngharungi segale ujianNya..insyaALLAH :') 

Hadis Nabi S.A.W: 
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”. 
(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)


                                                                                                                 aku bersyukur padaMU wahai Allah, kerana masih menyayangi aku..

aku juga bersyukur, diberi ujian hebat seperti ini..
setidak tidaknya aku tahu, Engkau masih mempedulikan aku..
sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba hambaMu..
terimakasih Ya Allah, syukur alhamdulillah.




KERANA SEHELAI BULU MATA . :')




Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.

Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar.


 Saya tak pernah melakukan perkara itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke

 dalam dosa."

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada.

Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Disini tiada


 sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."


Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu..."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang."

Disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu."

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu."

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap."

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu."

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang

 perbuatan aibmu." ujar malaikat.




Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi.

Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka

 jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari

 sehelai bulu mata berbunyi,



"Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata."





"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi

dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah

 dilakukan.



Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat,

 walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan

 dirinya dari ancaman api neraka?



Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat


sampai membasahi saya dengan air mata


penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar
ke syurga:


"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata"



SUBHANALLAH.....sahabat sekalian

"nabi bersabda:::: TIDAK AKAN MASUK NERAKA SESEORANG ITU,JIKA DIA MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH"

Maka, pesan sy untuk diri kita sume

"andai selama ini kte terlalu byk berseronok...terkadang kte terleka...terkadang kte langsung LUPA kpd ALLAH...maka, ambillah sedikit masa utk bermuhasabah diri...kerana air mata taubat itu sangat bernilai disisi PENCIPTA kita.," iNSYAALLAH....

Isnin, 4 Mac 2013

Muhasabah Diri :')



ALLAH lah yang memegang hati2 kita..
DIA juga yang memberikan rasa cinta..
maka selayaknya Dialah yang harus kita cintai dahulu

ALLAHlah yang memegang hati2 manusia dan lain2nya..
maka sekiranya kita mahu mencintai mereka , cintailah ALLAH terlebih dahulu , kerna pasti ALLAH tak pernah mengecewakan kita ..

ALLAH yang telah memberi sejuta satu nikmat kepada kita ..
tanpa harga dan percuma ! dan walau kita seringkali menjadi hambaNYA yang derhaka !
DIA tetap mengasihi kita tanpa syarat mahupun denda apa pun !
bukankah itu sudah cukup untuk membuatkan kita jatuh cinta ?

ALLAH yang menjadi tempat mengadu kita dikala hati berduka dan jiwa terseksa ..
DIA punya cara yang tersendiri untuk merungkaikan kegelisahan dihati dan keserabutan dikepala..
dan kita sering berjumpa ketenangan yang dicari dengan kita kembali padaNYA ...

Dan ALLAH tinggalkan kita dengan ayat2 cinta yang banyak sentuhan2 yang membasahkan jiwa..
DIA turunkan AR-RASUL sebagai guru cinta kita semua ..
YA ALLAH .. bukankah itu defini cinta DIA buat kita ?
kenapa sukar untuk kita merasai semua itu ?

tidak cukupkan lagi sebab dan alasan untuk kita tak mencintaiNYA sepenuh hati kita ?
belum sampaikah masanya untuk kita mencurahkan segala isi hati dan kecintaan kita padaNYA
sebelum yang lainnya ??
dan tak malukah kita .. betapa ALLAH mencintai kita sesungguhnya
dan kita langsung tak peduli untuk membalas cintaNYA ?

ALLAHU ALLAH .. senyum .. airmata mengalir perlahan :')
cintailah manusia sepenuh hatimu dan tidak mustahil kamu akan dikecewakan ..
tapi cintailah ALLAH , seseungguhnya dan sepenuh perasaanmu..
dan yakinlah kerana DIA tidak akan mengecewakan ! :')


sama2lah kita muhasabah diri ..

# semoga ALLAH sntiasa memberi keredhaaNYA kepada kita semua ..

Sabtu, 2 Mac 2013

Cinta seorang pendakwah



Jatuh cinta bagi seorang aktivis dakwah bukanlah perkara biasa. Dalam konteks dakwah, jatuh cinta adalah gerbang pengembangan pergerakan. Menurut konteks pembinaan, jatuh cinta  adalah naik marhalah. Konteks keimanan pula, jatuh cinta pula adalah bukti ketundukan kepada sunnah Rasulullah SAW dan jalan meraih reda Allah.
Maka persoalannya bukan pada bagaimana memilih seseorang yang paling cantik atau yang paling tampan, melainkan seseorang yang paling tepat untuk menjadi pendamping hidup. Seseorang yang tahu bagaimana mengemudi bahtera rumah tangga agar selalu dalam bingkai keluarga daie.
Oleh kerana sejak awal meniti jalan menuju perkahwinan harus dimulai dengan niat yang benar usaha yang dilakukan pun juga benar dan tidak melanggar syariat. Tidak perlu ada percintaan Islamik, tunangan syarie dan menggantung status.
Kata – kata, “Awak, tunggulah saya. Saya akan mengahwini awak dua tahun lagi”  tidak perlu ada. Sebab kata-kata ini tidak mengandungi kejelasan. Ia hanya menjanjikan sesuatu yang  tidak pasti. Pada hakikatnya dia pun juga tidak  perlu berjanji seperti ini. Janji ini seolah-olah tanda jadi atau pengikat, padahal ia bukan seperti itu.
Ia hanyalah pelega dan syurga telingan sahaja. Ini kerana janji berkahwin dua tahun lagi tidaklah dapat dikatakan sebagai sebuah niat proses perkahwinan secara syarie
Kita juga tidak perlu menggantung status sebuah hubungan. Lelaki dan wanita apabila mereka merasa sudah sangat dekat dan sangat akrab akan sering mencurah rasa hati, bertukar pendapat dan diskusi. Mereka saling memberi harapan, tapi mereka tidak mahu disebut sebagai sedang bercinta.
Hubungan hati mereka sudah selayaknya dua sejoli, tapi mereka  menolak disebut percintaan. Mereka lebih selesa dengan gelaran BFF atau penuhnya, Best Friend Forever. Hubungan seperti inilah yang sering kita sebut hubungan menggantung, tergantung dan tidak jelas. Si lelaki tak berani untuk jujur berkata ingin berkahwin dan wanita pun malah menikmati hubungan itu.
Jadi sebaiknya sebagai  seorang pendakwah segala sesuatu harus dijadikan teladan. Bagaimana diri kita menjadi contoh yang baik bagi masyarakatnya. Tidak perlu percintaan Islamik, tidak perlu membuat janji, tidak perlu menyeksa wanita dengan hubungan yang tidak jelas statusnya. Bila memang ingin berkahwin maka tekan minyak. Namun bila tidak mahu silakan tekan pedal brek sekuatnya, dan lepaskan bila kita sudah merasa bersedia segalanya.
Siapakah pendakwah-pendakwah itu?

Jawapannya, kita semua.

Mata ini selalu ingin memandangmu..





Mata ini ingin selalu memandangmu…. Tapi tak ku teruskan… Bimbang akan mencium bau zina…. Hati pula tak kuingini dikuasai oleh nafsu… Lalu aku tinggalkan semuanya…. Tak ku zahirkan didepanmu…. Cukup hanya ALLAH saja yang tahu… Ku tersenyum padamu bukan beerti ku ingin menggodamu…. Kerana aku takut ku kan terbakar dalam godaan itu… Cukup sekadar ingin mengatakan ku senang dengan kehadiranmu…. Kadang2 seperti sebuah harapan dihulurkan… Tapi aku tak terus melompat girang…. Kerna ku tak yakin apakah benar tiap apa yang dikatakan…. Bukan senyum tawa yang kurasakan tapi deraian airmata yang kutitipkan… Bimbang dihati kian mengembang…. Gusar andai yang kuinginkan tak seperti yang kau bakal berikan…. Mampukah diri ini menelan segala kekecewaan? Mungkin ya jika segalanya kerana TUHAN dan berlandaskan iman… Tiap masa doa kurafakkan… Moga DIA membuka pintu hatimu…. Biarpun aku tak pasti bukan untuk menerimaku… Kerana cintaNYA aku mengenalimu… Kerana kasihNYA aku mula mendekatimu… Kerana agama yang ada padamu aku mula jatuh hati padamu… Namun cinta yang didamba hanyalah cinta yang mendatangkan pahala…. Biar hati2 kita bersatu kerana ingin memiliki redhaNYA… Biar hati2 kita bertaut kerana ingin berjuang demi agamaNYA… Biar hati2 kita saling menyinta untuk menuju syurgaNYA… Moga kata hati yang kurasakan ini bukanlah cinta yang akan mengheret kita kepada dosa dan kemurkaan ALLAH… Biar kita sama2 mengubati kehausan jiwa kita dengan secangkir air cinta dari syurga… Bukan menjemput air timah dari neraka… Sesungguhnya aku memahami bukan mudah meraih cinta yang berbuah pahala… Biar syahadat cintaku padamu ini terus bersemadi dihati…

TAK ADA YANG PERCUMA DALAM DUNIA INI .

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”
Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.
Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”
Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?

bermuhasabahalah diri kita sebelum semuanya terlambat , nak syurga ALLAH bukan senang .. dan hidup dekat dunia takda yang percuma , jika tandas pun kite kena bayar apatah lagi dengan syurga ALLAH ? bukan mudah ye .. ALLAH pun memerlukan bayaran untuk kita masuk ke syurga .. dengan bayaran bekalan kita atas dunia ni .. jangan ingat dunia tempat tuk senang dan gembira saja . ingatlah masih bayak lagi amalan yang harus kita kumpul supaya kita selamat sampai berjumpa denganNYA .. WALLAHU'ALAM ...

UJIAN CINTA ITU BERAT :)

Ujian cinta itu berat.
Jika ujian cinta itu menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, tak kan dua sumber yang agung ini (Al-Quran dan Sunnah) tidak memberi panduan tentangnya?
Panduan untuk menguruskannya bukan untuk membunuhnya.
Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah?
Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah. Bersama redha Allah.
»Fatimah Syarha. :’)