Khamis, 31 Januari 2013

wala taqrabu zina ... :)

Ya, bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pd si dia.
Bukan Allah tidak memahami kau selalu merinduinya.
Bukan Allah tidak mengerti bayangannya sering singgah dimindamu.
Semua itu fitrah.
Setiap fitrah ada peraturannya.
Kenapa?
Supaya fitrahmu itu tersalur secara mulia & diredhai-NYA.
Bagaimana menghadapi ujian ini?
Agar fitrah tidak jadi fitnah.
Agar fitrah mendapat barakah.
Bagaimana caranya?
Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu, wahai remaja.
Dirimu sedang sibuk dgn pelajarankan?
Dirimu belum bersedia utk berumahtanggakan?
Dirimu sedang mempersiapkan dirikan?
Dirimu sedang mengutamakan priority yg lebih pentingkan?
Kalau dirimu dlm situasi ini,
Jadikan"ujian cinta" ini sebagai lubuk pahala,
Apabila kau perisaikannya dgn MUJAHADAH.
Apabila angau bertandang,
Cepat²lah beristighfar kpd Allah.
Kita beristighfar bukan krn rindu itu satu dosa,
Sebaliknya bimbang zina hati akan menjalar.
Sibukkan diri dgn aktiviti² yg boleh membina diri :')
ALLAH tahu engkau kuat..maka berusahalah selagi kau mampu melakukanya :') innallah hama'ana

Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah s.w.t “Janganlah kamu mendekati zina” maknanya lebih dlm drpd “Janganlah kamu berzina”. Firman Allah tersebut bermakna “Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga dari zina” (Tafsir al-Qurtubi)
Yakni, janganlah kamu mendekati apa² yg berhubung dgn zina & apa² yg membawa kpd zina, apatah lagi sampai berzina.
Setelah Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dgn jalan² yg menghampiri zina?
✔ SMS bertali arus tanpa keperluan..
✔ Call siang malam tanpa urusan..
✔ Chatting kosong tanpa isi..
✔ Dating bertemankan syaitan..
✔ Pandang² tanpa pagaran..
✔ Khalwat di tempat² sunyi..
✔ Berbual², bincang², tanya² khabar tanpa sepadan..
✔ Menghalalkan ikhtilat dgn istilah adik angkat, abang angkat & banyak lagi..
Inikah bukti cintamu???
Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dgn sebuah kenangan cinta yg menhampiri zina?
Berkatkah nanti syurga idamanmu?
Mampukan ia membawa kepada syurga abadi?
Sampai sini saja perkongsian pada hari ini. Moga kita sentiasa dirahmati Allah.
jagalah drimu sebaik mungkin...moge ALLAH akan lbeh mnjaga drimu tanpe kau sdari :')

Isnin, 14 Januari 2013

cinta highclass .. :)

hari nie ana takda apa-apa cerita yang nak dikongsikan tapi terdetik dalam hati ana .. ana ingin menceritakan tentang sebuah novel .. nie bukan novel jiwang-jiwang yer .. tapi nie novel islamik .. novel yang akan membuatkan ramai pembaca kagum dengan jalan cerita yang sudah diberikan pada kita semua .. novel ini bertajuk 'CINTA HIGHCLASS' .. karya sepasang suami istri yang bernama ustazah fatimah syarha dan dr Farhan Hadi .. :) ana banyak memperolehi pengajaran dari setiap novel yang ana sudah baca .. iaitu tautan hati , sebarkan cintamu , pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL .. dan akhirnya novel cinta highclass yang membuatkan ana tahu apa itu istilah mujahadah .. fitrah manusia dan sebagainya .. sebelum nie ana tidak tahu apa2 .. mngenai mujahadah ataupun fitrah .. mungkin semua ni kehendak ALLAH , ALLAH mempertemukan ana dengan ustzah fatimah syarha .. sewaktu ana pergi satu usrah dikwasan rumah ana .. ada kakak2 usrah menjemput beliau datang untuk memberi ceramah ditempayt ana .. masa tu ana belum kenal dia lagi .. tapi selepas ana mendgar cermah dari ustazah dan suaminya .. ana jadi terbuak2 ingin membaca setiap karyanya .. ana bersyukur kepada ALLAH , kerana ALLAHlah ana dapat bertemu dgan beliau .. dan pada hari tulah juga ana mula mengkaji apa itu mujahadah , apa itu fitrah .. dan sebagainya mengenai remaja .. :)

apa yang ana sudah belajar dan apa yang ana tahu dari pengajaran novel ni .. beliau menceritakan tentang perjalanan hidupnya begitu juga dengan suaminya yang sama-sama setia untuk menjaga perasaan cinta diantara satu sama lain .. mereka tidak pernah bercinta dan tidak pernah bertemu tapi mereka berjanji pada Pencipta yang mereka akan tetap setia mnanti kedatangan mereka sebgai suami/istri dari konsep cinta yang halal dan diredhai oleh ALLAH .. dan bagaimana mereka boleh tahan , tetap setia pada yg satu dan tidak penah mendekati jalan-jalan zina ? sebelum tu ana ingin ungkapkan  apa makne mujahadah ? mujahadah adalah pengorbanan .. pengorbanan yang cuba dilakukan untuk mengapa redha dan cinta ALLAH .. mengapa kita harus berbuat demikian krna ALLAH sgat sayang dan ingin sekali menjaga kita semua .. sebab itu ALLAH melarang kita mendekati zina .. ALLAH melarang kita menyerahkan cinta kita kepada seseorang yang belum tentu halal dengan kita .. tapi sekarang rmaia remaja yang tidak cuba untuk mujahadah .. bile ada perasaan cinta atau tersuka dekat seseoarang , terus pergi hantar mesej , call , chatting dan sebagainya .. kenapa kita perlu melakukan yang sedemikian .. kenpa kita tdak pernah memikirkan ALLAH yang begitu rindu menginginkan cinta dari kita ? subhanallah .. ana takut .. krna ALLAH itu cemburu .. tapi sekiranya ALLAH cemburu .. apa yang akan ALLAH berikan kpda kita semua ? ALLAH psti akan membalas azab yg perit kpd kita krna kita tdak prnah membalas cinta Nya ..

sebenarnya kenapa ALLAH menghadirkan fitrah dlam diri kita ? fitrah cinta ? sebab ALLAH ingin kita tetap setia .. tetap membalas cinta dariNya bukan dgn merosakkan cinta itu dengan maksiat .. ALLAH syg kita .. ALLAH terlalu menjaga kita .. sebab itu ALLAH mngambil peraturan ini berlandaskan al quran dan as sunnah .. ALLAH korbankan segala-galanya tuk kita .. tapi kita ? apa yang sudah kita korbankan untuk ALLAH ? kenapa kita tidak cuba untuk melihat ALLAH dengan mata hati ? astghfirullah .. apa yang ingin perkatakan .. ana takut klau ALLAH terpinggir dri kehidupan kita .. kita melebihkan cinta insani berbanding cinta ALLAH ..

cuba kita fikir , apakah kita tidak terlintas .. sekiranya kita bercouple atau meluahkan perasaan cinta kita ikut suka hati jer .. adakah orang itu tetap menjadi jodoh kita? ALLAH tu zalim ke ? tak .. ALLAH tak zalim tapi kitalah yang menzalimi diri kita sendiri .. sekarang ana sedar .. ALLAH terlalu ingin menjaga kita sehinggakan ALLAH melarang kita melakukan perbuatan zina dan maksiat .. ALLAH tak nak tgok semua hambanya menderita .. semua org berhak untuk mendapat kebahagiaan tapi bukan dengan jalan zina .. semua itu kebhagiaan yang sementara yang datang dri hawa nafsu dan syaitan .. memang tak salah nak jatuh cinta sebab semua itu fitrah semula jadi yg diberi ALLAH tuk kita ... tapi sekiranya kita tetap melakukan zina .. dating , berckap hal2 yang sia2 .. dengan yang bukan mahram .. apa kita nak jwab didepan ALLAH ? tak rase satu perasaan takut ke ? kesian lah dekat suami kita nanti kalau kita buat mcm tu .. ALLAHURABBI ..

nielah yang diceritakan dalam novel tersebut .. perjalanan mujahadah , kuat melalui rintangan yg mendatang akibat cinta fitrah manusia itu sendri yang ingin hidup berpasangan dan sebagainya .. kalau kita nak cinta yang highclass ! cinta yg bahagia .. yg xleh dibayangkan .. mujahadahlah sebelum semuanya terlambat .. mendapat cinta sebelum khwin itu tidak akan menjamin kebahgiaan .. kalau dia boleh buat mcm tu dekat kita .. kenpa tidak pada org lain ? msti dia kan buat mende yg sama dan dia tidak akan pernah setia kerana dulu dia pernah bermain dengan org lain .. kita nak cinta yang highclass haruslan meletakkan ALLAH no 1 dalam hati kita .. cinta ALLAH itulah yang akan membahagiakan kita semua .. dan setialah kita pada jodoh kita ,, jgnlah kita menggunakan amanah ini dgan perbuatan yg maksiat .. amanah ALLAH perlu dijaga dgan baik , dan amanah ini pasti akan ditanya ALLAH diakhirat kelak , :)

yang penting prinsip ! kalau nak suami soleh atau istri solehah .. kita haruslah tetap setia menanti si dia datang menjemput kita .. mskipun kita mnghapiri jlan2 zina dgn meluahkan perasaan sesuka hati kita itu belum tentu mnjadi jdoh kita dan itu belum tentu menjamin kbhagiaan kita .. insyaALLAH .. aku akan tetap setia menanti si dia dan akan brjanji akan mnjaga amanah ini dgan baik .. smoga ALLAH meredhai dgn kita smua .. insyaALLAH .. :')

# fikirlah seblum semuanya terlambat .. carilah cinta ALLAH barulah ALLAH mberikan cinta insani pada kita iaitu suami/istri .. insyaALLAH amiiin ! :)

Jumaat, 11 Januari 2013

Bertaubat dan Menyesal ..


Disini ana ingin ungkapkan tentang apa maksud disebalik mnyesal dan bertaubat , bertaubat ini mungkin bagi orang yang sangat menyesal dan merase insaf dalam diri terhadap ALLAH swt akan dosa-dosa yang pernah dilakukan .. maksud dan pngertian taubat dari segi bahasa ialah kembali kepada ALLAH .. pada istilah syarak pula maksudnya berhenti daripada melakukan maksiat , menyesal akan kesalahan yang lepas/lalu .. dan berazam tidak akan mngulanginya lagi ..

Bertaubat ini adalah wajib bagi setiap manusia yang telah melakukan dosa .. baik dosa kecil mahupun dosa besar .. tapi ada ke perasaan ingin bertaubat pada ALLAH ? kebanyakkan orang sekarang ini ramai yang merasakan dosa itu suatu perkra yang biasa .. kita tak asa apa2 .. malah sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita .. sedangkan taubat itu sangat dituntut oleh stiap manusia yang melakukan dosa .. kerana nabi yang maksum pun sentiasa berzikir , bertaubat , istighfar memohon ampun dari ALLAH swt apatah lagi kita hnya manusia yang biasa yang tidak pernah lepas dari melakukan dosa .. ada satu firman ALLAH :

Dan juga kaum Ad & Tsamud & sungguh telah nyata bagi kamu kehancuran mereka , dan puing-puing tempat tinggal mereka .. dan syaitan telah menjadikan mereka memandang baik perbuatan mereka lalu ia menghalangi dari jalan ALLAH . sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam .. Al Ankabut:38

Dengan ayat ne kita semua boleh tahu , syaitan telah memberikan kite memandang indah dengan perkara yang mungkin tidak disukai oleh ALLAH .. syaitan ini licik .. sebab tu kita kena selalu beristighfar memohon ampun kepda ALLAH swt supaya ALLAH mengampuni kita.. hadirkan perasaan sayang pada ALLAH agar kita boleh merasakan satu nikmat yang terhingga dari ALLAH iaitu ‘kemanisan iman’

Disini ana ingin beri sedikit syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk bertaubat :
-->segera berhenti daripada melakukan maksiat , zina dan segala perbuatan yang dilarang oleh ALLAH ..
-->hendaklah hadirkan perasaan menyesal terhadap dosa yang telah dilakukan
-->berazam tidak akan mngulangi lagi dosa tersebut
-->jika dosa yang melibatkan manusia hendaklah meminta maaf daripada orang yang berkenaan ..

Bertaubatlah wahai manusia .. sesungguhnya ALLAH itu maha penerima taubat .. ALLAH tidak melihat sejauh mana dosa kita .. banyak mana sekalipun , ibarat butir pasir dipntai .. ALLAH tdak pnah menghiraukan semua tu.. yang ALLAH pikirkan kenpa kita tak bertaubat kepada ALLAH ? ALLAH itu tidak pernah tidur,tidak pernah lalai sepertimana kita hanyalah hamba ALLAH yang lemah .. bertaubatlah sebelum semuanya terlambat .. walau sekecil mana pun dosa kita .. mintalah ampun dari ALLAH .. ALLAH sayang sangat pada hambaNya yang bertaubat .. subhanallah .. cubelah kita mndekati ALLAH .. ALLAH sentiasa menanti kedatangan kita .. ALLAH slalu rindu ingin mendengar tangisan kita .. hyatilah firman ALLAH

Sesungguhnya ALLAH suka akan orang yang bertaubat  dan menjaga kebersihannya .(surah al baqarah 2:22)

# untuk menghapuskan dosa besar manusia perlu bertaubat kepada ALLAH swt dengan taubat nasuha .. dosa-dosa2 kecil boleh terhapus dengan melakukan amalan-amalan kebaikan seperti beristighfar , berzikir , membaca AL QURAN dan meningkatkan amalan ..:)


Isnin, 17 Disember 2012

cara untuk belajar :)



ana ingin kongsikan sedikit cara-cara nak belajar , semoga ia bermanfaat tuk semua pelajar , insyaALLAH ..

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

-Kita ingat 10% apa yang dibaca.

-Kita ingat 20% apa yang didengar.

-Kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat.

-Kita ingat 70% apa yang dicakapkan.

-Kita ingat 90% setelah dipraktikkan.

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-Pastikan cahaya adalah terang.

-Kurangkan gangguan bunyi.

-Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar.

-Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran.

-Kerusi dan meja menghadap kiblat.

-Jangan lupa untuk senyum.

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

 7. Mempunyai teknik membaca yang betul:

-Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul.

-Memberikan tumpuan sepanuhnya.

-Menggunakan jari telunjuk untuk membaca.

-Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.

8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

9. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

11. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji. 

                   

usaha doa dan tawakkal .. insyaALLAH .. :) 

Selasa, 11 Disember 2012

--> Kemanisan iman (halawatul iman) :)



Kemanisan iman , apa yang antum pham tentang kemanisan iman ? adakah iman tu ada rase ? mcm buah .. ada yang masam .. ada yang pahit , ada yang manis .. ia tdak semuanya same .. cume sesetengah saje .. kemanisan iman ini memang satu nikmat yang tak terhingga yang diberikan oleh ALLAH pada hambaNYA .. seseorang hamba yang mendapat kemanisan iman akan merasai satu keinsafan . mendapat keseronokkan dan kenikmatan dalam beribadah .. betapa manisnya iman yang ALLAH berikan , tersa hendak istiqamah dan mujahadah selalu pada ALLAH , akan timbul rasa takut apabila melakukan satu kesalahan walaupun sedikit .. tulah nikmatnya .. merasai nikmat yang tak terhingga .. rasa sayang dan cinta kepada ALLAH dan RASUL melebihi segala-galanya .. dan apabila kita merasa kemanisan tersebut , akan tergeraklah segala anggota tubuh badan kita untuk memerintah .. contoh tergerak hati , ase suke bile dengar ceramah .. ase seronok bile melihat mar’ah(wanita)memakai pakaian yang menutup aurat .. memakai purdah , jubah dan sebagainya .. subhanallah .. masyaallah .. J memang ase satu kelainan .. dan hati berasa tenang kerna ada ALLAH dan RASUL dalam hati kita ..

Bagaimana pule kita nak ase kemanisan tersebut ? yang ALLAH nak tgk adalah usaha kearahnya .. sentiasa berdoa , merintih .. barulah kita diberi kemanisan tersebut .. begitu juga dgan hidayah .. hidayah tu harus dicari .. dan ia tidak akan hadir sendiri klau tiada usaha untuk mencintaiNya

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan , tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang bersih hatinya.

Ana ingin menyebutkan beberapa langkah untuk mendapat kemanisan iman dari ALLAH swt ..
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.

Tu adalah beberapa perkara yang ana boleh kongsikan tuk mendapat kemanisan dan membersihkan hati dan jiwa kita .. cubelah kita berusha kearahnya .. untuk mngapai kemanisan beribadah harus dilakukan dengan menghayati apa itu ibdah kepada ALLAH .. tersa seronok apabila melakukan kebaikkan … apabile melakukan perkara yang ALLAH larang hati trase begitu takut dan ase tak sedap hati , timbul prasaan rasa bersalah kepada ALLAH , tulah kemanisannya :)

Mencintai ALLAH dan RASUL melbihi segala-galanya juga harus dibuktikan dengan perbuatan , lisan dan angota badan yang menggerakkan .. apabila mendapat kemanisan iman .. kita akan ase kelazatannya . contoh , kita akan lakukan apa saja untuk ALLAH dan RASUL .. sanggup melakukan apa saja .. kerana ada cinta dan sayang padaNYA .. contoh zina .. dalam hal-hal dan batas pergaulan dengan ajnabi/ajnabiah dengan kite .. kite jage dgn betul-betul tidak cube untuk untuk melebihi batas syariah .. kita takut azab ALLAH .. kita ikut perintah ALLAH .. segala-galanya kita buat keranaNYA .. mmang manis sngat kalau kita tahu merasainya .. subahanallah ..

Seterusnya mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman.dalam hati
dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”
Al-Syaikahani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”

Cara kita nak mencinta baginda kita haruslah mengikuti langkah2 ini 
- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
- Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan
- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.
- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda


InsyaALLAH .. ana arap antum semua boleh berusaha menuju cinta ALLAH dan RASUL untuk mendapat kemanisan iman dariNYA .. cubelah mencinta ALLAH dan RASUL melebihi segala-galanya .. kerana cinta ALLAH dan RASUL itulah yang kekal dan dpat menjamin kebahagiaan antum semua didunia hinggalah akhirat .. insyaALLAH ..:)


Isnin, 10 Disember 2012

puteri muslimah mengiringi kemenangan :) ..

1.wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu .. gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya 

2.wanita tergantung pada rambutnya , otaknya mngelegak dalam periuk , balasan wanita yang tidak menutup auratnya ..(rambut)

3.wanita berkepala babi , badannya seperti keldai dan menerima balasan wanita yang suke membuat fitnah .. bermusuh dengan jiran dan membuat dusta

4.wanita yang mukanya hitam dan memamah perutnya sendiri , balasan wanita yang menggoda dan mnghairahkan lelaki .

5.lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya , keluar hingga ke mulutnya .. balasan orang yang membuat fitnah , mngejek dan mencaci ..

6.lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan kebelakang serta dilontarkan mukanya ke api neraka , kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya .. balasan orang yang membesarkan diri dan takabbur kepada orang ramai ..

7.wanita tergantung rambutnya dipohon zakkum , api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar .. balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin

8.wanita dibelenggu dengan api neraka , mulutnya terbuka luas , keluar api dari perutnya , balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat

9.lelaki dan perempuan yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut .. balasan orang yang memakan harta anak yatim

10.lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api , dituang pula air panas ke badannya lalu melencur seluruh tubuhnya .. balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia ..



nauzubillah .. same-samelh kita menjga diri .. dan cubelah bertaubat sebelum sumenye trlambat .. semoga ALLAH melindungi kite semua .. insyaALLAH ..

--> Dunia adalah perhiasan , sebaik-baik perhiasan adalah WANITA SOLEHAH <--


Ahad, 9 Disember 2012

komik islamik dakwah (couple/zina itu haram disisi ALLAH)












ana harap antum semua dapat ambil pengajaran dari komik ini .. :) mugkin saja ada satu perkara yang kita rasa biasa bagi kita tulah yang ALLAH tak suka ..carilah cinta ilahi janganlah dikejar cinta insani yang belum tentu menjamim kebahgiaan mu ..  ana harap semoga ALLAH akan sentiase merdhai kita semua sebagai hambaNya yang soleh/solehah .. jauhilah zina .. kerna itulah yang akan mngundang kemurkaan ALLAH untuk mu .. nauzubillah .. semoga ALLAH redha dan sayang :)