Jumaat, 11 Januari 2013

Bertaubat dan Menyesal ..


Disini ana ingin ungkapkan tentang apa maksud disebalik mnyesal dan bertaubat , bertaubat ini mungkin bagi orang yang sangat menyesal dan merase insaf dalam diri terhadap ALLAH swt akan dosa-dosa yang pernah dilakukan .. maksud dan pngertian taubat dari segi bahasa ialah kembali kepada ALLAH .. pada istilah syarak pula maksudnya berhenti daripada melakukan maksiat , menyesal akan kesalahan yang lepas/lalu .. dan berazam tidak akan mngulanginya lagi ..

Bertaubat ini adalah wajib bagi setiap manusia yang telah melakukan dosa .. baik dosa kecil mahupun dosa besar .. tapi ada ke perasaan ingin bertaubat pada ALLAH ? kebanyakkan orang sekarang ini ramai yang merasakan dosa itu suatu perkra yang biasa .. kita tak asa apa2 .. malah sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita .. sedangkan taubat itu sangat dituntut oleh stiap manusia yang melakukan dosa .. kerana nabi yang maksum pun sentiasa berzikir , bertaubat , istighfar memohon ampun dari ALLAH swt apatah lagi kita hnya manusia yang biasa yang tidak pernah lepas dari melakukan dosa .. ada satu firman ALLAH :

Dan juga kaum Ad & Tsamud & sungguh telah nyata bagi kamu kehancuran mereka , dan puing-puing tempat tinggal mereka .. dan syaitan telah menjadikan mereka memandang baik perbuatan mereka lalu ia menghalangi dari jalan ALLAH . sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam .. Al Ankabut:38

Dengan ayat ne kita semua boleh tahu , syaitan telah memberikan kite memandang indah dengan perkara yang mungkin tidak disukai oleh ALLAH .. syaitan ini licik .. sebab tu kita kena selalu beristighfar memohon ampun kepda ALLAH swt supaya ALLAH mengampuni kita.. hadirkan perasaan sayang pada ALLAH agar kita boleh merasakan satu nikmat yang terhingga dari ALLAH iaitu ‘kemanisan iman’

Disini ana ingin beri sedikit syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk bertaubat :
-->segera berhenti daripada melakukan maksiat , zina dan segala perbuatan yang dilarang oleh ALLAH ..
-->hendaklah hadirkan perasaan menyesal terhadap dosa yang telah dilakukan
-->berazam tidak akan mngulangi lagi dosa tersebut
-->jika dosa yang melibatkan manusia hendaklah meminta maaf daripada orang yang berkenaan ..

Bertaubatlah wahai manusia .. sesungguhnya ALLAH itu maha penerima taubat .. ALLAH tidak melihat sejauh mana dosa kita .. banyak mana sekalipun , ibarat butir pasir dipntai .. ALLAH tdak pnah menghiraukan semua tu.. yang ALLAH pikirkan kenpa kita tak bertaubat kepada ALLAH ? ALLAH itu tidak pernah tidur,tidak pernah lalai sepertimana kita hanyalah hamba ALLAH yang lemah .. bertaubatlah sebelum semuanya terlambat .. walau sekecil mana pun dosa kita .. mintalah ampun dari ALLAH .. ALLAH sayang sangat pada hambaNya yang bertaubat .. subhanallah .. cubelah kita mndekati ALLAH .. ALLAH sentiasa menanti kedatangan kita .. ALLAH slalu rindu ingin mendengar tangisan kita .. hyatilah firman ALLAH

Sesungguhnya ALLAH suka akan orang yang bertaubat  dan menjaga kebersihannya .(surah al baqarah 2:22)

# untuk menghapuskan dosa besar manusia perlu bertaubat kepada ALLAH swt dengan taubat nasuha .. dosa-dosa2 kecil boleh terhapus dengan melakukan amalan-amalan kebaikan seperti beristighfar , berzikir , membaca AL QURAN dan meningkatkan amalan ..:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan