Sabtu, 8 Disember 2012

--> Adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan ...



Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan,
• Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah: “Dan ucaplah kata-kata yang makruf.”Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.”
• Menundukkan pandangan Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.
• Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.
• Tidak berkhalwat (berdua-duaan) Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.”
• Menghindari tempat syubhat Sabda Rasulullah SAW: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari)
Adab khas untuk wanita
• Iltizam dengan pakaian Islam Firman Allah: “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.” Dan firmanNya lagi:
“Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”
• Serius dalam ucapan Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah :
“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”
• Menjaga pergerakan Tidak harus mereka memperlihatkan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: “Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. “

Semoga ALLAH redha dan melindungi kita semua .. insyaALLAH .. :)

hukum berpurdah (^^,)




Sebenrnya ana nak bercakap tentang purdah .. purdah ne banyak pendapat dia .. ada yang cakap kena pakai tak boleh buang dah , terus istiqamah .. ada yang cakap boleh buang sebab purdah tu sunat .. herm .. ana pun tak berapa paham masih dalam kajian lagi pasal ni .. dan sekarang ana tahu jawapan dia setelah ana tanya sahabat ukhwah ana yang lebih dewasa dari ana ..
ok , ni akk share dari prtnyaan sorg shbt ni .. :).. insyaAllah Bismillah .. :)

SAHABAT:
Assalamu'alaikum .
Nk tanya ckit .
Betul ke mak kawan ana ckp klw sese0rang tuu warak , bila dy makan , dy akan buka purdah/niqab dan tumpukan pada makanan tu . Selepas habis dy akan pakai kmbali .

Betul ke ?

waalaikumussalam .. na'am .. wallahua'lam .. :) .. tp ikut slesa la .. sbb purdah ni hukum dy sunat shja ..tp boleh jtuh haram if kita ase ia mnyusahkn tuk kita mkn .. sbb pe ? sbb Allah xpnah mnyusahkn hambaNYA, malah memudahkn .. so , bergantung pda niat kita la .. bukan brmkna kita bukak ble nk mkn ni , nk tnjuk muka kat org .. x,tp coz nk mudahkn tuk mkn ..brgntung pda niat kita .. if ase xslsa nk mkn ngn brpurdah, bukak la skjap .. wallahua'lam .. juz nk share ape yg ana thu .. :) .. semuanya bergantung pda niat kita semua .. insyaAllah ..

"..kamu ni knpe bukak pulak purdah ? purdah ni mne boleh main2 .. nk pkai , pkai terus. . hatta mkn skalipun .. kan ke boleh mkn pkai purdah .. byk kat fb ajar cmne nk mkn tuk yg brpurdah.." ..

:) .. mybe kte tkot org ckp cmtu kan ? npe nk tkot ? sprti pnerangan di atas , bergantung pada niat kita ..
"..Innamal a'mallu binniyat.." ..
Herm tu yang sahabat ukhwah ana kasitahu bila ana tanya die .. maknenya bergantung pada niat kita .. islan kan mudah betul tak ? yang penting kite istiqamahlah betul-betul kalau nak pakai purdah .. niat kerana ALLAH .. ana ada satu hadis rasulullah yang nak dikongsikan ..
Dari Umar bin Khathab Ra. berkata : "Aku telah mendengar rasulullah saw.bersabda : Sesunggunya segala amalan itu tergantung pada niatnya. dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya karena Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya.dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan di perolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju. (HR : Bukhari & Muslim) ..
InsyaALLAH .. bagi yang berniqab .. selamat bermujahadah berniqab yer .. semoga ALLAH redha :)

Rabu, 5 Disember 2012

Adab-adab gadis remaja



ana nak kongsi sedikit cara-cara nak menjaga adab sebagai remaja wanita .. :)
~ Adab di dalam rumah
::Menghormati penjaganya dan menerima segala nasihatnya.
::Memperbaiki diri agar menjadi wanita yang solehah.
:;Menjaga nama baik penjaganya.
::Melatih diri dengan urusan rumahtangga seperti memasak dan membereskan rumah.
::Memperbanyakkan solat dan puasa sunat.
::Jadikan Al-quran sebagai hiburan dan menghafaznya.
::Banyakkanlah mengkaji sejarah wanita-wanita utama untuk dicontohi.

~ Adab di luar rumah
= Keluar rumah bersama mahram atau penjaganya.
= Senantiasa menundukkan pandangan.
= Hiasi diri dengan sifat malu.
= Berkata yang benar apabila bertemu sahabat.
= Jangan bergaul dengan lelaki ajnabi !!

semoga ALLAH sayang , semoga ALLAH redha .. :)

Lapan Pintu syurga menanti kedatangan mu

ana ada terbaca buku majalah al islam .. ana membelinya di pustaka seri intan .. ia bercakap mengenai tentang "LAPAN PINTU SYURGA YANG SEDIA MENANTI" sebenarnya ramai yang mengabaikan amalan ini bahkan sebaik sahaja selesai wuduk , jarang sekali orang mengamalkannya iaitu berdoa selepas mengambil wuduk .. sekalipun islam menggalakkan umatnya berdoa dalam setiap perkara yang dilakukan tapi kenapa umat islam kurang mengambil perhatian soal ini ? maklumlah kalau tak buat pun tak berdosa .. tapi tahukah kita jika anda melakukannya , ia tak merugikan kita walau sedikit pun .. bahkan kita akan mendapat keuntungan yang besar dari ALLAH .. amalannya sangat mudah .. berdoalah setelah selesai berwuduk kerana lapan pintu syurga disediakan untuk anda semua .. pilihlah yang mana anda suka .. disini ada hadis yang ana mahu berikan sabda NABI saw , " sesiapa mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata ' asyhadu allaa ilahaillallah wahdahu la syarikalah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu warasuluh , Allahummaj alni minattawwabiina waj'alni mina mutathohhirin' ( aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH satu sahja tida sekutu bagiNya dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruhNya .. Ya ALLAH .. jadikanlah aku dari kalangan orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri ) akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suke" (hadis riwayat at tirmizi dan an nasaie)

selamat beramal semua .. :)

karya ana Siti Nurain Shalihah :)






















Peranan wanita



Peranan doa seorang ibu itu memainkan peranan yang penting dalam penghijrahan mereka mencari Allah. Dan saya pasti anda tahu kenapa ia penting. Tidak lain tidak bukan, kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab. Bukan saya mengatakan bahawa seorang itu tidak akan dapat mendapat hidayah jika ibunya tidak mendoakan mereka; namun melihat kepada video-video diatas, saya pasti bahawa kerana doa ibu-ibu mereka lah perjalanan mereka mendekati Allah menjadi lebih mudah. Ya, mereka amat bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang mendoakan agar mereka bertemu hidayah Allah setelah menyusuri zaman jahiliah.

Kepada sahabat-sahabat perempuan saya, senior-senior perempuan saya, juga adik-adik akak yang akak sayang, ingatlah, suatu hari nanti kita akan menjadi seorang ibu. Kita akan punyai anak-anak kita sendiri. Lantas, hebat atau buruk nya generasi anak-anak kita terletak di bahu kita. Kerana kitalah yang akan mendidik anak-anak kita, dan kita jua lah yang memegang doa sakti yang sangat berkesan ke atas anak-anak kita. Adakah kelak kita akan menjadi seorang ibu yang mendoakan kebaikan anak-anak kita? Adakah kelak kita akan menjadi seorang ibu yang mendoakan agar anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh solehah, yang mendirikan solat, yang mengeluarkan zakat, yang melakukan amar makruf dan nahi mungkar, yang sentiasa dekat dengan Allah, jua yang kelak akan mendoakan kesejahteraan buat diri kita di akhirat sana?

Mungkin ramai antara kalian yang mengatakan: Pasti! Pastilah kami akan mendoakan sebegitu buat anak-anak kami. Takkan lah ada ibu yang tidak mendoakan sebegitu untuk anak-anaknya.

Ini soalan seterusnya daripada saya. Apakah kalian yakin bahawa kalian akan mendoakan doa-doa yang baik buat anak-anak kalian jika kalian sendiri tidak baik? Apakah mungkin kalian mendoakan anak-anak kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah jika kalian sendiri tidak solehah? Apakah bisa kalian mendidik anak-anak kalian mengenali Allah serta mendekatkan diri dengan Allah jika kalian sendiri jauh sekali dengan Allah? Apakah mungkin?

Kebarangkalian besarnya kita tidak akan mendoakan perkara-perkara ini jika kita sendiri tidak baik. Bagaimana mungkin kita mendoakan anak-anak kita menjadi orang-orang yang mendirikan solat jika kita sendiri tidak solat cukup lima waktu sehari semalam. (Iyalah, solat pun tidak, bila masa nak berdoa nya, kan?). Bagaimana mungkin kita melatih anak-anak kita menjadi orang yang memelihara maruah dan harga diri jika kita sendiri berpakaian serba seksi untuk ditatap semua orang. (Sudah pasti jika kita berpakaian dengan seksi hari ini, kelak kita ingin melihat anak-anak kita mewarisi ‘kecantikan’ diri kita). Bagaimana mungkin kita mendoakan anak-anak kita menjadi orang yang dekat dengan Allah jika kita sendiri belum tentu kenal benar dengan Allah. Bagaimana mungkin anak-anak kita mengenali Al-Quran dan beramal dengannya jika kita sendiri tidak pernah membaca Al-Quran di dalam rumah. Kan?

Jika anda faham apa yang saya katakan, saya berharap anda juga dapat lihat bahawa baik buruknya generasi anak kita kelak adalah sangat bergantung kepada siapakah kita pada hari ini. Saya yakin, sebagai seorang ibu, tidak ada siapa yang mahu melihat anaknya ‘hancur’ dalam kehidupan. Tidak ada yang mahu anaknya hidup liar tidak tentu arah. Tidak ada yang mahu anak-anak perempuannya diangkut ke hulu ke hilir oleh jantan-jantan yang tidak kita ketahui latar belakangnya dan belum tentu menjadi suami anak-anak kita. Tidak ada juga yang mahu anak-anak laki kita liar meraba anak-anak dara orang lain, mahupun liar memerhatikan perempuan-perempuan seksi di tengah jalan. Saya yakin, tidak ada jua yang mahu anak dia membesar sebagai seorang yang kuat mencarut, yang melawan cakap anda sebagai seorang ibu, yang mencuri, yang menipu dan sebagainya.

Oleh itu, saya ingin menyeru diri saya sendiri, juga kalian semua..sahabat-sahabat perempuan saya, kakak-kakak senior saya, juga adik-adik akak yang akak sayang, ayuhlah kita ubah diri kita hari ini menjadi seorang yang lebih baik. Ayuhlah kita memupuk akhlak-akhlak mulia dalam diri kita, dan mendidik diri kita dengan menjadi seorang wanita solehah. Agar kelak, kita dapat lahirkan generasi yang mantap. Yang mulia akhlaknya, yang baik budi pekertinya, yang sopan pakaiannya, yang santun ucapannya dan yang paling utama, mengenali Allah dan menghidupkan islam dalam diri mereka. Yakinlah, mereka akan mewarisi siapa kita pada hari ini. Ini bertepatan dengan sabda nabi SAW: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi . (riwayat Bukhari dan Muslim). Ke mana tumpahnya kuah andai tidak ke nasi?

Moga Allah kurniakan hidayah buatku dan buatmu serta memberi kita kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik serta kekuatan untuk mujahadah dan istiqomah di atas perubahan ini.